Asuh

Tu Orang Punya Kan? – Cara Wanita Ini Elak Anak Selalu Nak Beli Mainan, Ternyata Berkesan!

924
SHARES

“Ibu! Nak mainan ni! Nak! Nak! Nak! Tak kiraaaa!”

” Haish, kan dah ada mainan yang sama dekat rumah, tak boleh, tak boleh”

Sebagai ibubapa, situasi di atas seringkali berlaku kan? Apa kata baca perkongsian dari wanita ini mengenai cara beliau mendidik dan mengelak situasi anak merengek meminta permainan di tempat awam. Mungkin anda boleh cuba juga.

PERKONGSIAN CARA DIDIK ANAK SUPAYA TAK MERENGEK NAK PERMAINAN

Firash ni memang dari kecil lagi kami didik dia kalau nampak mainan dekat mana-mana toyshop, kedai DIY, dekat kaki lima dia akan tengok je sambil kata umi, ni orang punya kan. Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main kan kereta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan.

www.facebook.com/applelurvefath

FAHAMKAN ANAK DENGAN SITUASI

Sebab masa dia kecil dulu (masa tu dah faham apa yang kita bagitahu) bila dia nmpak bnyak toys dekat kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.

Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamuk guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust). So kami faham la yang dia nak sangat-sangat benda tu especially geng-geng giant truck mcm excavator, bulldozer, dump truck, daddy akan belikan TAPI bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sendiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.

ALIHKAN PANDANGAN ANAK

http://www.classicalhomemaking.com/

Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambil mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak. Bila dah sampai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yang dia senang nak nampak). Mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat je muka manis tu. Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalau nak beli mainan dekat anak, jangan beli depan mata dia. Kalau tak nnti dia akan terbiasa bila nmpak je toys, nak time tu juga. Kalau tak dapat mengamuk dalam kedai tu jugak. Budak-budak kannn. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak harga toys sekarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainan kita nak kena belikan.

APLIKASI YANG DIGUNAKAN MENJADI…

http://www.faithlikeachildinc.com/

Smpai la sekarang Firash takda nak mengamuk, merajuk bila nampak toys banyak-banyak dekat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pulak si Firash ni jerit kat adik, “Adikkkkk, tak boleh ambik, yang tu orang punya!! Sampai menangis-menangis adik dia marah macam tu (si firash ni mmg bajet abang kawasan sangat bila adik dia buat salah). Sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya. Ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan utk anak kami setakat ni.

http://www.ingeniousgrowth.com/

Kat Raisya pun kami buat juga cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi. Dia suka ikut kepala dia je sebab kecik lagi kot. Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka orang dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi memang bajet diva kot nak jalan sendiri nak bebas. Hat tu memang tak boleh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikan je mana dia nak pergi.

*Jadi, kalau ibubapa nak elak situasi anak merengek-rengek minta permainan, boleh lah cuba cara ini ya!

Sumber: Ninnie Kiddielove Bundle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×