Sihat

Trend ‘Fake Veneer’, Pakar Kongsi Derita Bakal Dialami Semata-Mata Nak Gigi Cantik. Jangan Buat!

8
SHARES

Belum berkesudahan masalah fake braces kini timbul pula isu fake veneer. Veneer adalah lapisan nipis bahan yang diletakkan dan dilekatkan pada permukaan hadapan gigi. Ini adalah kaedah konservatif meningkatkan estetika gigi, atau melindungi permukaan gigi yang rosak ia juga membantu memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak teratur atau ada ruang antara gigi. Berikut perkongsian Doktor Ibrahim mengenai kesan pemakaian fake veneer terhadap gigi dan keadaan mulut seseorang.

FAKE VENEER BAWA BAHANA

Ramai dah tag saya mengenai fake veneer. Sempena WOHD19 mari kita kupas kenapa fake veneer sampah ni boleh membahayakan kesihatan mulut anda. 

Kalau ada kenalan yang memakai fake veneer,suruh mereka jumpa dentist segera!

Pertama sekali penunggang kecantikan dentist tiruan ini tidak kisah mengenai mulut anda. Fake veneer ini ditampal sahaja pada permukaan gigi tanpa kisah sama ada gigi ada caries atau infeksi! Caries boleh bertambah besar dan infeksi boleh menjadi lebih teruk!

RAWATAN AKAR BUKAN SOAL REMEH

Masa ni yang buat fake veneer tu takkan amik gambar dan bertanggungjawab!

VENEER YANG TEBAL MEROSAKKAN GIGI DAN MULUT

Veneer yang tebal boleh menyebabkan plaque dan makanan mudah melekat gusi mulalah gingivitis,seterusnya merebak ke tulang menyebabkan periodontitis. Gusi berdarah, tulang mengecut dan mulut berbau busuk!


Gigitan atau occlusion tidak rata menyebabkan anda tak boleh tutup rapat gigi. Sukar mengunyah makanan, dan rahang mulut akan mula sakit. Paling teruk apabila lock jaw terjadi apabila membuka mulut dengan besar dan tak boleh tutup kembali.

Berbaloi kah semua komplikasi ini semata mata kerana mahu “mencuba-cuba”? Hindari fake veneer dan produk sampah ini untuk kesihatan mulut anda. Ingat andalah yang bertanggungjawab terhadap kesihatan mulut sendiri.

Sumber: Dr. Ibrahim Shahruddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×