Percutian

Aktiviti Rope Course Dalam Hidden Forest, Treetop Adventure Pasti Buat Pengunjung Teruja!

Bagi pengemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba Treetop Adventure di 1 Utama. Ia direka khas untuk pengunjung merasai sendiri aktiviti rope course sambil di kelilingi alam semulajadi.

Pengalaman Aktiviti Rope Course di Hidden Forest

Treetop Adventure yang terletak di tengah-tengah hutan hujan (rainforest) 1 Utama ini pasti memukau pengunjung yang datang. Dengan keluasan 4000 kaki persegi, anda akan teruja dengan pemandangan hutan hujan ini semasa bergayut di rope course!

Pengunjung akan merasai pengalaman rope course selama 45 minit dengan seliaan dan bantuan daripada guide yang berpengalaman. Taklimat keselamatan akan diberikan kepada pengunjung, dan anda akan diajar dari A to Z cara menggunakan sistem tali rope course itu. Jangan risau kalau tak pandai!

Untuk maklumat anda, Rainforest @ 1 Utama ini memenangi banyak anugerah atas usaha kelestarian mereka kepada alam. Dan, di Treetop Adventure ini terdapat lebih 100 pokok hutan asli, ada antaranya spesies endemik dari Sabah dan Sarawak. Yang pasti, rope course ini akan melalui kanopi pokok ya. Memang tinggi.

2 Zone Berbeza Mengikut Umur

Zon dewasa : 2 tahap berbeza (2 course), dengan ketinggian 100 meter dan 11 jenis halangan untuk dicuba.

Zon kanak-kanak : Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun boleh mencuba rope-course yang direka khas dan disesuaikan untuk keseronokkan serta keselamatan mereka.

Baca juga : 6 Lokasi Berhibur di Berjaya Times Square KL, Rupanya Kini Pusat Beli Belah Hiburan Keluarga!

Direka Untuk Beroperasi Dalam Hujan

Kebanyakan aktiviti rope course akan diberhentikan operasi jika cuaca tidak mengizinkan. Namun berbeza bagi Treetop Adventure, anda boleh merasai pengalaman bermain di dalam hujan. Tetapi, tertakluk kepada arahan krew demi keselamatan pengunjung.

Lokasi : Treetop Adventure @ GF Rainforest, 1 Utama Shopping Centre 

Harga : RM55 (dewasa), RM50 (kanak-kanak) **diskaun RM5 bagi pengguna Onecard

Maklumat lanjut, boleh semak di laman rasmi Treetop Adventure Park.

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×