Percutian

Jenis-Jenis Insurans Untuk Masuk Thailand, Elak ‘Bala’ Menimpa!

1
SHARES

Pembukaan sempadan antara negara khususnya Malaysia-Thailand melihat industri perlancongan kian rancak dan menjana ekonomi buat kedua-dua buah negara. Mungkin ada dalam kalangan kita yang mahu pergi melancong tetapi tidak mempunyai bajet yang besar jadi Thailand merupakan pilihan yang terdekat. Namun, perkara yang paling penting untuk anda yang ke sana mahupun membawa kenderaan sendiri adalah insurans. Berikut merupakan jenis-jenis insurans yang perlu disediakan untuk masuk Thailand.

Baca juga: 5 Lokasi Percutian Luar Negara Pasca PKP Untuk Beginner, Selamat & Confirm Best!

Jenis-Jenis Insurans Untuk Masuk Thailand

Foto: Klook

Hari ini aku pi bayar roadtax motor Suzuki Smash 115cc. Motor ni motor Thailand. So aku beli CI dan VI saja.
Aku tak tau harga untuk motor Malaysia. Depa kata naik harga. Tapi aku pi renew, agen kata, tak naik harga lagi. Harga sama macam tahun lepas. Hangpa boleh baca caption dibawah setiap gambar.

BIKE WEEK SATUN, pada 10~11hb February 2023 lokasi di Pak Bara View Point. Jangan dok tebiang mai kalau motor/kereta hangpa tak lengkap dengan insurans yang aku bagi tau ni. Manalah tau takdir hangpa dah sampai walaupun hangpa naik pelan 30kmj. Tapi dah nak accident, macamana ? Aku bukan minta hangpa accident. Tapi aku tak mau bila hangpa accident tanpa insurans yang lengkap, hangpa akan menghadapi masalah besar.

Travel Insurans boleh meringankan beban yuran hospital yang sangat tinggi.E101 mengelak hangpa buat laporan palsu di Balai Polis. Contohnya hangpa accident di Thai tapi hangpa muhong kata berlaku di Malaysia. Kantoi kalu, sekali dengan hangpa dan pegawai polis masuk dalam. Masalah hangpa buat tapi hangpa heret ramai orang terlibat. E101 boleh membiayai gantirugi kerosakkan kenderaan hangpa jika kemalangan di Thailand.

1.Compulsory Insurance ( CI )

-Beli dari agen Insurans Thailand

-Cover yuran hospital dan pampasan kematian

-Motor Thailand Suzuki Smash 115cc untuk setahun.

2.Voluntary Insurans ( VI )

-Ini insurans Third Party.

-Membiayai kerosakan kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah. Boleh beli melalui Agen Insurans Thailand.

-Motor Thailand Suzuki Smash 115cc untuk setahun.

3.Extnsion 101 atau Endorsement 101 ( E101 )

-Contoh jika kenderaan anda di Malaysia menggunakan insurans dari Allianz, anda boleh rujuk dekat agen di Malaysia.

-Beli setahun atau minima 3 hari.

-Contoh diatas ada motor Suzuki Vstrom 650cc untuk 4 hari.

4.Travel Insurans ( TI )

-Beli ikut berapa hari hangpa nak melancong ke luar negara.

-Contoh diatas wanita usia 60 tahun untuk tempuh lawatan 18 hari.

Sumber: Cikgu Joe Satun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×