Famili

Tokwan Beli Kereta Mahal Secara Tunai, Siap Bawa Karung Beras Lagi!

28
SHARES

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang warga emas membeli kereta jenama Mitsubishi Pajero secara tunai.

Dapat dilihat lelaki tua berkopiah dengan seluar latihan berwarna biru duduk di hadapan juruwang peniaga sambil tersenyum mesra. Dia sedang menunggu proses pembayaran kereta yang baru dibelinya.

Baca juga: Setahun Suruh Anak Tuisyen Tanpa Jemu, Ayah Kecewa Anak Dapat 6/100 Ujian Matematik

TOKWAN BELI KERETA MAHAL SECARA TUNAI, SIAP BAWA KARUNG BERAS

Tidak lama kemudian,  warga emas itu dilihat mengeluarkan gumpulan wang kertas yang disimpan di dalam karung beras untuk diserahkan kepada juruwang

Dia memilih untuk membayarnya secara tunai dengan wang yang dibawanya menggunakan guni beras lusuh sehingga menjadi tumpuan orang ramai.

Video tersebut turut menarik perhatian netizen, apabila datuk dengan yakin memandu kereta yang dibelinya dalam perjalanan daripada peniaga berkenaan.

@pojokbekasi

Seorang Kakek membeli mobil Pajero dengan membawa sekarung uang, dengan dibayar tunai. #tiktokberita

♬ suara asli – pojokbekasi – pojokbekasi

Video berkenaan sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan dibanjiri dengan yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

“Jadikan saya cucu angkat datuk,” kata seorang netizen.

“Mentua saya simpan duit dalam bekas keropok,” komen netizen lain.

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×