Famili

Setahun Suruh Anak Tuisyen Tanpa Jemu, Ayah Kecewa Anak Dapat 6/100 Ujian Matematik

49
SHARES

Seorang bapa di China menangis kerana anaknya hanya mendapat enam markah daripada 100 dalam peperiksaan akhir tahun matematiknya setelah melakukan tuisyen kendiri kepada selama setahun.

Sebuah video dimuat naik memaparkan seorang bapa sedang menangis dan mengesat air mata di dalam bilik tidur mendapat perhatian ramai walaupun menyayat hati tetapi menghiburkan.

Baca juga: Kakitangan Perubatan Cuai, Kepala Bayi Dipenggal & Ditinggalkan Dalam Rahim Ibu

SETAHUN SURUH ANAK TUISYEN TANPA JEMU, AYAH KECEWA ANAK DAPAT 6/100

Jelas kedengaran si isteri ketawa ketika cuba merakam gelagat suaminya menangis. Menurut laporan Mothership, lelaki tersebut berjaga siang dan malam demi memastikan si anak memperoleh markah yang tinggi untuk peperiksaan.

Si ayah dikatakan menangis kerana kecewa setelah menerima kad laporan peperiksaan akhir tahun anak lelakinya hanya meraih sebanyak 6/100. Kekecewaan bapa itu dikatakan berpunca daripada keputusan anaknya yang sebelum ini konsisten mendapat 80 sehingga 90 markah.

Namun lain pula berlaku apabila si bapa mula mengadakan tuisyen kepada anaknya selama setahun dan keputusan tersebut bertukar kepada enam markah sahaja.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib si bapa dan anaknya. Sememangnya mendidik anak bukanlah satu perkara mudah pada zaman serba moden ini.

Walaubagaimanapun, ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan markah yang diterima oleh si anak kerana dianggap sangat sedikit.

Ada juga yang berpendapat si anak menunjukkan tanda protes kepada si bapa dengan tidak menjawab pada ruangan jawapan yang ada pada kertas peperiksaan.

Sumber: Mothership

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×