40 Minggu

5 Tahun Menanti Zuriat, Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Yang Pernah Dicuba Untuk Hamil

8.1K
SHARES

Masih ingatkah lagi anda tentang satu video yang tular di laman media sosial, dimana seorang isteri membuat kejutan kepada suami dengan berita bahawa mereka akan menimang cahaya mata selepas 5 tahun menanti? Video ini mendapat perhatian dan orang ramai juga turut terharu dengan kisah pasangan suami isteri ini. Ternyata, berdasarkan perkongsian wanita ini yang juga sudah melahirkan seorang bayi perempuan comel bernama Delima, beliau telah mengikhtiarkan pelbagai cara supaya dapat hamil.

Untuk anda di luar sana yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, semoga perkongsian ini dapat membantu dan dijadikan pemangkin semangat ya!

PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA

Assalamualaikum

#pcosfighter #TTC5years

1. 2014 – Dari segi ubat & supplements

– Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
– Saya ambil makanan sunnah juga
– pergi bermacam-macam rawatan batin (tapi tak menjadi)

2. 2015 – Check kesuburan di hospital (husband & wife)

Macam kami buat di hospital swasta (caj dalam RM800, haha mahal gila), check di hospital government rasanya berganda-ganda murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.

– Husband ada sperm issue
– Saya ada masalah PCOS (telur banyak tapi semua kecil & tak matang)
– Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori

3. 2017 – Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:

– Saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3 bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg, lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
– Husband ikut sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama-sama.
– Saya makan folic acids.

4. 2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional

– Husband buat rawatan urut saraf di Sg Besar, Selangor
– Saya buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)

5. 2018- Berjaya turunkan berat badan

Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa 3 bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan January 2018 saya disahkan pregnant.

6. September- Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima

Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat diperlukan ketika ini.. semoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..

Doakan kami sekeluarga sihat ya.. InshaAllah.

Sumber : Intan Nur Elliana Zakaria 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×