Suami Isteri

Bila Ayah Sakit vs Mak Sakit, Ini 5 Perbezaannya. Betul Tak?

176
SHARES

“Aduh, tak larat betul rasanya hari ni. Hidung dah mula berair, nak habis dah tisu sekotak ni. Rasa macam nak demam lah…”

Cuba ingat semula, macam mana keadaan ibu kita bila mereka diserang demam? Rasa macam tak ingat pula waktu tu kan?

Yang ‘kelakarnya’, pasti kita akan menemui beberapa perbezaan apabila kita membezakan bagaimana seorang ibu dan ayah menghadapi tempoh sakit itu dengan cara masing-masing. Dan kalau anda seorang ibu, anda pasti akan lebih lagi merasakan perbezaan ini.

Bila Ayah Sakit vs Mak Sakit, Ini 5 Perbezaannya. Betul Tak?

1. Jarang Nampak Ibu Berbaring & Berehat

Perbezaan paling utama yang kita nampak  bila ibu sakit berbanding ayah sakit adalah bagaimana ibu tetap meneruskan kerja seharian di rumah selagi terdaya. Katanya, “sakit sikit aja, tak apalah…” Tapi dia punya sakit ‘sikit’ tu, siap boleh memasak, basuh baju, hantar dan ambil anak balik sekolah, dan mengemas.

Walaupun ada yang ambil cuti daripada bekerja di pejabat, mereka tetap rasa kekok nak berbaring, berehat, atau melelapkan mata. Dan kebanyakan masa sebenarnya mereka memang tak boleh! (Rujuk poin seterusnya.)

pengalaman anak pertama

Foto Kredit: sheknows.com

2. Anak-anak Tetap Cari Ibu

Yang ini paling susah ibu-ibu nak tolak. Sembunyilah macam mana pun, walaupun di bilik air, si anak akan tetap cari ibu. Kadang-kadang bukannya ada apa masalah besar pun, cuma nak ibu bukakan plastik coklat tu je! Yang lain tu biasalah – tak jumpa barang,  nak minta makanan, nak bercerita apa yang cikgu cakap di sekolah tadi. Ada yang saja je panggil ibu sedangkan ayah mereka ada tengah tengok TV di depan. Aduhai anak…

Yang menyusu badan pula, tetap perlu menyusukan bayi selang beberapa jam sekali tanpa ada cuti.

Tapi kalau ayah sakit, ibu awal-awal dah pesan jangan ganggu ayah. Biar ayah berehat.

Foto Kredit: getkidnnected.com

3. Ibu Tetap Uruskan Diri Sendiri

Ibu lebih selesa kalau dapat menguruskan diri sendiri. Masak makanan mereka sendiri. jarang ibu minta ayah masakkan apa-apa kalau ibu demam. Cukuplah dengan tengokkan anak-anak. Ibu selalu makan ubat tepat masa tanpa perlu disuruh. Kalau boleh, ibu nak cepat sembuh.

Kalau ayah sakit, selalunya ibu akan masak yang special untuk ayah. Siap dipicit badannya, dituam dahinya. Ibu suap ayah makan. Ibu pesan banyak kali pada ayah supaya makan ubat pada waktu yang ditetapkan. Ayah memang manja, kan?

Foto Kredit: shutterstock.com

4. Banyak Urusan Tergendala Kalau Ibu Sakit

Bila ibu tak larat nak buat kerja, barulah nampak macam mana rumah menjadi kurang terurus. Satu famili lambat bangun, sarapan makan roti saja – itupun kalau sempat. Baju dah bertimbun-timbun dalam bakul, ruang tamu bersepah, meja makan pun penuh dengan pek bungkusan makanan lama yang tak dibuang.

Selama ini mungkin ramai tak sedar bahawa semua kerja rumah ini takkan ‘hilang’ dengan sendirinya. Itulah pentingnya tugas ibu di rumah setiap hari walaupun mereka dianggap ‘hanya’ seorang surirumah. Tapi kalau ayah yang sakit, semua tugas ini masih juga berjalan seperti biasa.

Foto Kredit: pinterest.com

5. Suasana Rumah Kurang Berseri Dan Ceria

Walaupun ada yang anggap ibu banyak membebel dan mengarah, tapi suara itulah yang akan dirindukan oleh semua ahli keluarga. Paling kasihan, anak-anak kecil pun pandai merengek dan mahukan perhatian ibu. Nak pelukan dan ciuman ibu. Tapi kalau cium lebih-lebih, takut juga berjangkit! Ayah pun tak tahu nak kata apa. Bukannya tak menolong, tapi bab nak tarik perhatian anak tu mungkin susah sikit mereka nak tandingi ibu walaupun tengah sakit.

Pokok pangkalnya, masing-masing mesti dapat merasakan macam ada sesuatu yang ‘kurang lengkap’ dalam rumah itu. Tapi kalau ayah yang sakit, mungkin tak banyak perbezaan yang dirasa. Atau mungkin anak-anak tak perasan langsung agaknya?

Foto Kredit: motheroflife.com

Ibu Kena Tetap ‘Sihat’ Walaupun Sakit

Walau macam mana kental seorang ibu cuba melawan penyakit, kadang-kadang mereka pun akan tewas juga. Cemburu juga bila lihat suami dapat berehat dan mendapat layanan istimewa kalau mereka yang demam.

Tapi sebenarnya mungkin ibu-ibu yang tak sampai hati dan kurang mempedulikan kesakitan yang dihadapi. Jadi lepas ini, ibu kena cuba berehat lebih banyak ya. Jangan abaikan keperluan diri sebab anda tak perlu jadi supermom setiap masa.

Akhir sekali, suami pun kena belajar untuk lebih menghargai isteri kerana mereka telah banyak berkorban untuk anda. Sekali-sekala, manjakanlah mereka juga ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×