Famili

Nak Makan Apa Sebelum & Selepas Ambil Vaksin? Ini Tips Berguna Dari Pakar

653
SHARES

Tarikh temujanji vaksin dah nak dekat?  Nervous juga bila dengar macam-macam kesan sampingan lepas divaksin? Apa yang anda perlu prepare sebelum dan selepas divaksin ya?

Agaknya dah lama tak disuntik itu yang buatkan kita nervous.

Jangan risau kerana semua jenis vaksin yang diberikan telah diuji dan tinggi keberkesanannya dalam mencegah jangkitan Covid-19 di tahap yang serius.

Di sini ada beberapa tips untuk anda lebih bersedia sebelum dan selepas divaksin.

6 Tips Berguna Sebelum & Selepas Ambil Vaksin

1. Ambil Makanan Yang Berkhasiat Terutamanya Malam Sebelum Hari Temujanji

Mendapatkan rehat yang secukupnya sangat membantu sistem imuniti anda untuk berfungsi dengan lebih baik.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti sehari sebelum temujanji vaksin, anda perlulah ambil makan malam yang lebih berkhasiat pada hari sebelumnya.

Menurut perkongsian dari Journal of Clinical Sleep Medicine, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlulah mengambil makan malam tinggi serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, cuba elakkan makanan bergula dan berlemak seperti produk tenusu, manisan dan daging berlemak.

Makanan tinggi serat juga didapati sangat membantu anda untuk tidur dengan lebih senang pada waktu malam.

Oh ya, kalau nak badan segar, seeloknya janganlah mengambil minuman berkafein 6 jam sebelum tidur.

2. Minum Air Secukupnya

Walaupun tiada bukti saintifik yang mengesahkan pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan kesan sampingan sampingan suntikan vaksin, namun ia sangat digalakkan bagi memastikan badan rasa lebih sihat dan segar.

Minumlah air secukupnya sebelum dan selepas divaksin agar kesihatan badan sentiasa berada pada tahap optimum.

3. Jangan Lupa Makan Sebelum Ke Temujanji Vaksin

Pernah dengar tentang kes penerima vaksin pengsan selepas disuntik?

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kes orang pengsan selepas disuntik sangat jarang dilaporkan.

Namun, ia boleh berlaku jika penerima vaksin rasa terlalu cemas atau rasa sakit di tempat suntikan.

Selain itu, penerima vaksin juga dilaporkan pengsan kerana kadar gula yang rendah ketika itu. Pastikan anda makan secukupnya sebelum ke temujanji, ya.

Kalau anda tak selera makan akibat nervous, anda boleh minum jus buah yang dikisar atau ‘energy bar’ untuk dapatkan tenaga sebelum ke PPV.

Alas perut dengan buah-buahan seperti pisang dan segelas susu pun ok!

4. Elakkan Makanan Diproses

Pada waktu pandemik ini, ramai yang sukar untuk mengawal pemakanan bila terlalu lama duduk di rumah.

Kajian mendapati ramai yang duduk di rumah kini lebih memilih untuk makanan yang diproses dalam diet harian.

Makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak ini perlulah dielakkan lebih-lebih lagi pada sebelum dan selepas anda divaksin kerana makanan diproses ini boleh menyebabkan keradangan dan melemahkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu, banyakkan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein yang sihat.

Foto Kredit: npr.org

5. Stokkan Makanan Post-Vaccine Sebelum Tarikh Temujanji

Bergantung kepada orang, ada yang tiada kesan sampingan, ada yang sampai demam dan lesu sehingga 2 ke 3 hari selepas divaksin. Oleh itu, anda perlulah bersedia dan cukupkan stok makanan berkhasiat di rumah.

Sekiranya anda hilang selera makan selepas divaksin, anda tetap perlu makan.

Lebihkan stok makanan seperti sayur-sayuran untuk dibuat sup, pisang dan air kelapa untuk membekalkan tenaga untuk badan.

Jangan lupa untuk minum air secukupnya dan elakkan makanan manis, berminyak, berkeju atau terlalu berat.

6. Elakkan Senaman Berat Seminggu Selepas Divaksin

Bagi anda yang suka bersenam, anda perlulah tunda rutin senaman anda selama seminggu selepas divaksin.

Badan anda yang sedang menghasilkan antibodi selepas disuntik perlu mendapatkan rehat secukupnya.

Berehatlah sehingga badan benar-benar pulih dan elakkan senaman atau kerja berat. Jika perlu, anda boleh buat regangan badan atau senaman ringkas.

tips selepas vaksin

Sumber: JKJAV

 

Selain berperanan dalam melindungi anda dan keluarga, pengambilan vaksin merupakan tindakan yang murni bagi membantu negara mencapai ‘herd immunity’.

Jika tabiat pemakanan anda sudah tersasar jauh ketika waktu pandemik ini, gunakanlah peluang ini untuk melatih semula pemakanan ke arah yang lebih sihat.

Dengan cara ini, anda juga akan cepat pulih dan segera sihat selepas divaksin.

Pastikan juga anda mendapatkan rehat secukupnya sehingga badan rasa betul-betul sihat. Elakkan aktiviti atau senama berat pada 7 hari pertama setelah divaksin.

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×