Sihat

“Jangan Main Hujan, Nanti Demam!” – Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mitos Ini

10
SHARES

Sejak kecil, kita sering diingatkan oleh ibu bapa kita bahawa hujan boleh menyebabkan demam dan selesema. Jadi, tak hairanlah kenapa kebanyakkan daripada kita juga melarang anak-anak untuk bermain hujan. Tapi, pernahkah anda terfikir apa kaitan antara bermain hujan dan demam?

Virus punca demam dan selesema biasa

Kredit : The Well by Northwell – Northwell Health

Selesema biasa atau common cold kebiasaanya mempunyai simptom ringan seperti demam, hidung berair, sakit tekak, batuk dan bersin. Simptom ini biasanya tidak lebih dari seminggu.

Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis mikroorganisma boleh menjadi punca selesema yang dialami manusia. Jadi, tak hairanlah mengapa kita sering mendapat selesema. Selepas dijangkiti satu jenis virus, virus jenis lain pula menjangkiti kita.

Tiada bukti saintifik

Terdapat beberapa pendapat menyokong kenyataan main hujan boleh menyebabkan demam dan selesema. Pendapat pertama menyatakan suhu badan yang rendah menyebabkan individu lebih berisiko dijangkiti virus. Jadi, suhu air hujan yang sejuk berupaya memberikan risiko demam dan selesema.

Pendapat lain pula mendakwa air hujan di sesetengah tempat yang menyebabkan pencemaran udara mampu meningkatkan risiko demam dan selesema.

Namun, tiada kajian yang boleh mengesahkan teori dan pendapat ini. Hujan tidak mengakibatkan seseorang itu demam cuma mungkin menambahkan risiko. Jadi, jika anak anda suka bermain air, jangan halang mereka belajar benda baru walaupun bermain di bawah hujan. Ia bukan saja boleh menjadi sumber senaman yang hebat, tetapi juga cara yang baik untuk menerokai alam semula jadi serta untuk mereka berseronok!

Yang penting, anak-anak mempunyai sistem imuniti yang kuat! Jadi, amat penting untuk anda sokong imuniti anak-anak bermula dengan pemakanan yang lengkap. Taklah risau lagi bila anak-anak bermain dalam hujan!

Bina imuniti anak anda

Kredit : BabyCenter

Sehingga 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia 5 tahun [1]. Sepanjang tempoh perkembangan, keupayaan pembelajaran kanak-kanak boleh terjejas sekalipun dengan penyakit ringan kerana kanak-kanak berusia lebih 1 tahun belum disokong sepenuhnya dengan daya pertahanan untuk melindungi diri mereka [2].

Dr. Rakhee Yadav (Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Ara Damansara)

Berdasarkan perbincangan meja bulat mengenai imuniti dan perkembangan anak antara Dr. Rakhee Yadav (Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Ara Damansara) bersama selebriti Anzalna Nasir baru-baru ini, Dr. Rakhee berkongsi pembinaan imuniti dengan pemakanan yang betul.

Lebih 70 hingga 80 peratus sel-sel imun didapati dalam sistem penghadaman badan dan pengambilan makanan dengan nutrien yang sesuai boleh membantu mengawal atur fungsi imun, mengurangkan risiko jangkitan dan meningkatkan tindak balas keradangan apabila badan diserang oleh patogen atau virus [3-4].

Kajian menunjukkan pengambilan susu yang diperkaya MFGM oleh kanak-kanak dapat memberi kesan perlindungan dari jangkitan gastrousus, mengurangkan 35% bilangan hari deman [5]. Digabungkan dengan DHA, MFGM bertindak secara bersama untuk memberi dwimanfaat dalam membantu menyokong perhubungan sel-sel otak kanak-kanak [6-7].

Tambah Dr. Rakhee, bila kurang hari sakit bermakna anak-anak sihat, cergas dan cerdas, dengan lebih banyak masa pembelajaran dan sel-sel otak lebih berhubung untuk menyokong proses pembelajaran mereka. Ibu bapa juga boleh terus membimbing anak-anak untuk menyemai tabiat gaya hidup sihat seperti rehat secukupnya, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga kebersihan untuk membina sistem imun yang kuat.

Anzalna Nasir utamakan kekuatan imuniti & perkembangan intelektual

Kredit : Anzalna Nasir

Menurut Anzalna Nasir, sebagai ibu beliau mengutamakan kekuatan imuniti dan perkembangan intelektual si manjanya. Beliau yakin bahawa pemakanan yang diperkaya dengan MFGM dan DHA dapat membantu si manja  mencapai perkembangan optimum sewajarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MFGM & DHA, anda boleh klik di SINI.

Rujukan:

1. Kuratko CN, et al. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients. 2013;5(7):2777–2810

2. University of Virginia. STUDY: IMMUNE SYSTEM HAS DRAMATIC IMPACT ON CHILDREN’S BRAIN DEVELOPMENT. (https://news.virginia.edu/content/study-immune-system-has-dramatic-impact- children-s-brain-development)

3. Vighi G, Marcucci G, SensiL et al. Allergy and the gastrointestinal system. Clin Exp Immunol 2008; 153:3-6.

4. McKenzie C, Tan J, Macia L et al. The nutrition gut microbiome physiology axis and allergic diseases. Immunol Rev 2017, 278:277-295.

5. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioural regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via%3Dihub)

6. Connye N. Kuratko, Erin Cernkovich Barrett, Edward B. Nelson, and Salem Norman, Jr. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients, 5(7): 2777–2810 (2013).

7. Hussain, G., Wang, J., Rasul, A. et al. Role of cholesterol and sphingolipids in brain development and neurological diseases. Lipids Health Dis 18, 26 (2019).

8. Can You Really Catch A Cold From Going Outside With Wet Hair – https://healthcare.utah.edu/the-scope/shows.php?shows=0_9wh09fe7

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×