40 Minggu

5 Mitos Pantang Larang Makanan Yang Ibu Mengandung Tak Perlu Percaya

2.2K
SHARES

“Eh, tengah mengandung tak boleh makan nanas lah”
“Bila mengandung, jangan minum kopi. Nanti anak keluar berkulit gelap”

Ibu-ibu yang sedang atau pernah hamil mesti faham situasi begini kan? Bukan ini saja, tapi ada banyak lagi petua semasa hamil yang kita dengar. Setiap orang mesti ada satu atau dua cerita tentang pantang larang ketika mengandung.

Ada sesetengah pantang larang boleh dijelaskan melalui sains, tetapi banyak yang diamalkan adalah berdasarkan kepercayaan nenek moyang dan tradisi kita terdahulu. Kami senaraikan beberapa pantang larang yang selalu kita dengar dan akan bongkarkan sama ada ianya mitos ataupun fakta.

Mitos 1: Tak boleh makan daging kambing

Kredit Gambar : Food Network

Orang dulu-dulu cukup marah kalau mak buyung makan daging kambing. Katanya, boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.

FAKTA

Daging seperti kambing, ayam dan lembu boleh dimakan oleh ibu hamil, asalkan dimasak dengan baik dan tidak mentah. Makan daging mentah dan kurang masak mungkin akan mendedahkan wanita hamil kepada risiko toksoplasmosis iaitu jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma yang selalu ditemui dalam daging mentah dan kurang masak, air yang tidak dirawat dan najis kucing.

Tapi, bagi ibu-ibu yang ada masalah kolestrol atau jantung, seelok-eloknya elakkan dari makan daging atas faktor kesihatan.

Mitos 2: Jangan makan nanas, tajam!

Kredit Gambar : Stylesatlife

Ini pantang yang memang selalu sangat kita dengar kan? Nanas adalah buah yang paling dilarang sekali untuk dimakan ibu mengandung kerana tajam dan boleh menyebabkan keguguran.

FAKTA

Sebenarnya ibu hamil boleh makan semua jenis buah, asalkan tak berlebihan. Unutk pengetahuan anda, nanas selamat dimakan semasa kehamilan. Malah, buah-buahan seperti nanas mengandungi pelawas yang tinggi dan nutrien-nutrien penting seperti vitamin A, B1, B12, C, kuprum dan manganese. Tapi, apa pun anda boleh dapatkan nasihat doktor dulu.

Mitos 3: Elakkan makan makanan yang pedas

Kredit Gambar : The Standard

Benarkah bila makan makanan pedas boleh membuatkan ibu bersalin awal dan membahayakan bayi dalam kandungan?

FAKTA

Sebenarnya tiada bukti saintifik yang mengatakan bahawa makan makanan pedas boleh mempercepatkan kelahiran atau mengakibatkan masalah kepada bayi dalam kandungan anda.

Tetapi, bila makan makanan pedas terlalu banyak, dikhuatiri anda akan mengalami pedih perut dan menyebabkan asid refluks, terutama sekali sewaktu trimester ketiga. Boleh jadi masalah lain pula!

Mitos 4: Anak jadi besar kalau minum ais banyak-banyak

Kredit Gambar : Corporate Coffee Systems

Yang ini mesti anda selalu dengar juga kan? Ada yang kata tak boleh langsung minum ais dan makanan sejuk risau nanti bayi dalam kandungan besar.

FAKTA

Sebenarnya, minum dan makan benda sejuk semasa hamil tidak membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan pun. Malah, jika kita minum air berais atau sejuk, badan kita akan menjadi lebih sejuk dan lebih banyak kalori digunakan untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Jadi, berat badan kita pun taklah banyak meningkat!

Mitos 5: Ibu mengandung kena makan untuk dua orang

Kredit Gambar : Cleveland Clinic’s Health Essential

Selalunya, bila hamil mesti ada yang akan suruh kita makan dua kali ganda dari kebiasaan. Maklumlah, bila si ibu makan banyak, anak pun akan dapat zat yang cukup katanya.

FAKTA

Memang betul bila mengandung ibu akan kerap lapar dan mengidam nak makan macam-macam. Tapi, anda kenalah bersederhana dan yang paling penting makan makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein, kalsium dan vitamin. Manakala, pengambilan kalori harian yang disarankan adalah sebanyak 2,500 kcal.

Bagi ibu-ibu yang ada diabetes, jangan seronok sangat makan benda manis, jaga kandungan gula yang diambil ye!

Bukan mitos, tetapi Enfamama A+ menyokong keperluan pemakanan ibu hamil & menyusu


Ibu hamil dan sedang menyusu memerlukan nutrisi dan kalsium yang lebih untuk menyokong perkembangan otak dan tumbesaran si comel dalam kandungan. Sebab itulah penting untuk anda memulakan pemakanan dan rangsangan yang betul sejak dari awal.

Enfamama A+ dengan 360° DHA Plus mengandungi campuran nutrien unik seperi kalsium, Vitamin D, zat besi dan inulin.

Antara manfaat nutrien-nutrien ini adalah membantu menguatkan tulang dan gigi, penting untuk penyerapan kalsium dan fosforus, meningkatkan pembentukan sel darah merah serta memastikan usus dalam keadaan yang baik.

Jom sertai Enfamama A+ Club untuk sampel susu PERCUMA!

Apa lagi mommies, jom cuba Enfamama A+ hari ini juga dan dapatkan sampel percuma dengan hanya mengisi borang di bawah.

Rujukan
BabyCenter
nhs.uk
americanpregnancy.org
Ministry of Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×