Famili

Senarai Semak Panduan Pemilihan Pengasuh Oleh KPWKM. Penting Untuk Ibu Bapa

1.7K
SHARES

Menurut kenyataan media Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertarikh 23 November 2018, satu senarai semak kualiti pengasuh di rumah telah disediakan sebagai panduan kepada ibu bapa membuat pantauan.

Senarai semak yang berbentuk infografik ini adalah mekanisma yang berbentuk sementara sebelum sistem semakan yang komprehensif yang sedang dibangunkan oleh Kementerian siap sepenuhnya. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Early Childhood Care and Education (ECCE) dan beberapa doktor pakar juga turut terlibat dalam menghasilkan infografik ini.

Ia menyenaraikan panduan kepada ibu bapa mengenai pemerhatian terhadap respon anak, respon pengasuh, dan tanda penderaan selepas menghantar anak kepada pengasuh.

Manakala, turut dimasukkan, panduan sebelum menghantar anak iaitu persekitaran, peribadi pengasuh, pengalaman pengasuh, keluarga yang tinggal bersama dan perkhidmatan disediakan.

Senarai semak ini adalah seperti di bawah. Ia boleh didapati di laman web kementerian di www.kpwkm.gov.my atau terus klik di SINI.

 

Sistem Semakan Pengasuh Dijangka Tersedia Tahun Depan

Menurut Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa sistem semakan pengasuh bakal dibangunkan tahun hadapan.

Sistem semakan itu akan memudahkan ibu bapa menyemak status pengasuh dan menyaring calon yang paling sesuai buat anak masing-masing. Ia bakal menyaksikan kerjasama dengan pihak mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sementara menunggu sistem saringan dapat digunakan pada tahun hadapan, ini adalah kempen kesedaran yang dapat membantu ibu bapa membuat pemilihan pengasuh dengan lebih berhati-hati.

Sementara itu, ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka terhadap isu-isu semasa dan info terkini yang disalurkan kementerian berkenaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×