Sihat

15 Tahun Suami Saya Sakit Gout, Akhirnya 3 Bahan Ini Sembuhkannya Dalam 1 Bulan

3.8K
reads

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik di dalam badan. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

Bagi gout yang kronik, asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ‘tophi’. Namun secara umumnya, gout adalah suatu penyakit yang boleh disembuhkan tetapi kita haruslah juga mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kali ini, kami amat bertuah kerana Cik Mil Neena berkongsikan sebuah petua gout. Menurut beliau, ia telah diamalkan oleh suaminya yang menderita penyakit gout selama 15 tahun. Setelah sebulan, ia menampakkan hasil yang amat memberangsangkan.

Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.

rasa sakit bersalin

Foto Kredit: canadianpharmacymeds.com

Petua Atasi Gout Dengan 3 Bahan Semulajadi. Mudah!

Hari ini saya nak share satu petua gout. Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak ‘jalan’. Akhirnya terpaksalah makan ubat farmasi, iaitu Allupurinol untuk turunkan paras asid urik dan Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh dipisahkan dengan dua jenis ubat ini, bukan?

Alhamdulillah, dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. Bahan-bahannya pula mudah disediakan. Yang pasti, jus yang dihasilkan memang sedap dan insha Allah boleh diminum sebab baunya wangi. Rasanya tak melekat dalam mulut apabila diminum dan tak pahit. Isteri pun boleh curi-curi minum!

Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahannya.

  • 1 biji timun
  • 2 batang saderi@celery
  • 3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

petua gout

Cara-cara

1. Kisar

Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam Lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Saya dapat dua gelas jus.

Bagi yang nak guna mesin pengisar / blender, boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.

2. Minum 2 Kali Sehari

Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).

Tips Tambahan

Tips kalau malas nak kena basuh bekas-bekas jus, boleh buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang bila nak minum nanti.

Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.

petua gout

Nampak Perubahan Dalam 1 Bulan!

Kalau serasi macam suami saya, mudah-mudahan kesannya nampak dalam masa 1 bulan ini. Walaupun makan udang dekat 1kg, suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama di tempat bengkak.

Kemungkinan kristal asid urik di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido. Jus gout ini memang ‘cuci’ habis dalaman dia.

Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet seperti yang ditetapkan oleh doktor. Kalau gout masih tak berkurang dan bertambah teruk, janganlah pula hanya bergantung kepada petua. Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

*Petua gout oleh Cik Mil Neena ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk pertanyaan dan tips lain daripada beliau, rujuk post asal beliau di SINI.

Yang Popular

To Top