Mesti ramai antara kita yang bercita-cita nak turunkan berat badan, terutamanya akibat PKP ini ramai yang mengalami sedikit masalah kerana kurang bergerak aktif di rumah.
Namun kadangkala rasa tak semangat nak mulakan diet sebab macam-macam halangan yang datang.
Antaranya sebab berat badan tak berkurang, kawan-kawan ajak makan sedap, mak masak sedap-sedap – dan akhirnya kita tak jadi nak diet kan?
Di sini kami kongsikan sebuah kisah inspirasi untuk anda yang sedang bercita-cita nak diet.
Ia adalah perkongsian oleh saudara Ahmad Afif Zafran yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 115 kg dalam tempoh 1 tahun setengah!
Wahh, banyak tu kan?
Jom kita baca kisah beliau sepenuhnya di bawah ini.
Berjaya Turunkan Berat Badan 115kg, Kisah Lelaki Ini Jadi Inspirasi
Nama Kami Bob…..
Kita semua lelaki bila overweight sahaja terus dapat nickname Tu , tidak boleh dielakkan.
Suka ke tidak nama kita ‘Bob’.
Saya pernah post, di mana gambar saya dapat kurangkan 115kg Dalam tempoh 1 tahun setengah. Tempoh yang agak lama.
Ramai Yang pm saya secara personal minta share kisah, motivasi atau cara pemakanan saya.
Saya janji dengan mereka ‘soon’….. Alih alih dekat 3 bulan sudah. Maaf busy sikit, dan sekarang saya sudah ada masa sebelum saya mulakan kehidupan baru di tempat baru.
Jadi ini lah kisah saya….(kisah saya di setiap gambar mungkin agak panjang)
2019 – 213 KG
214 kg (2019) baju saya 10xl Dan seluar jeans size 70 (import us). . .
Ini adalah fasa gelap dalam hidup saya sepanjang menjadi seorang ‘bob’.
Ceria wajahnya, namun sewaktu malam menjelang kadang-kadang keseorangan, saya akan menangis.
Bilik saya hampir tiada cermin kecuali tingkap bilik. Ye la nampak diri sendiri dekat cermin tak nak tengok, kecewa dan marah dekat diri sendiri.
Rakan rakan terdekat ramai tahu kisah saya keluar cari kerja namun tiada yang sudi terima. Offer kerja datang dari kawan-kawan saya terpaksa tolak kerana saya tahu, jika kerja pun akan susahkan mereka dan syarikat.
Akhirnya kerja sendiri adalah keputusan terbaik.
Macam mana boleh naik mendadak berat ni?
MAKANAN….. Itu sahaja pemakanan saya sangat tidak sihat. Ini contoh nya…
Pagi – Roti canai 5 keping tu, macam muqaddimah sahaja. Tak masuk nasi lemak lagi….nasi lebih ye.
Tengah hari – Nasi beriani 3bungkus on. Lepas makan nak pump lagi nasi ayam? Onnnnnnnn…. snacks? Lagi la onnnnnnnnnnn…. Bukan hari-hari la seminggu 5kali…macam tu je la…
Waktu Malam – Special. Saya makan pagi, 2 pagi-3pagi. Kenapa? Nanti Malu ramai orang tengok, pastu mengumpat kita. So, makan lewat kurang orang. Bijak, kan? Tidak! Ini macam bom jangka masa untuk saya.
Kalori tu saya kira sehari saya boleh pump Dalam 8k-12k sehari…
Ini lah punca kenapa berat saya:
2015-150kg
2016-165kg
2017-189kg
2018-203kg
2019-214kg
Jaga makan anda.
Masa 214kg ni hanya boleh pakai Kain sahaja…seluar semua tiada size…Kain pelikat Tu ,saya sarung macam Tu sahaja… Tak Ada okay atau simpul Gaya Johor ke apa ke…saya gigit dengan Gigi supaya tak terlondeh…
Saya juga Masih ingat sewaktu terpaksa Beli 4 seat bus belakang sebab tidak muat kerusi… Tidak boleh masuk panggong wayang… couple seat tak muat…
Beli seluar masuk fitting room…tak muat…kene tukar dekat store belakang, malu dan hampir menangis…
Semua ini adalah kesilapan saya sendiri…
Saya gembira sekarang sebab Rasa sangat sihat Dan saya mulakan perjalanan dengan langkah kecil sahaja..niat masa Tu nak Beli baju size 10xl …Tiba tiba terdetik Dalam hati…macam mana kalau Bulan depan 8xl/9xl?
Perkara kecik ni bawa saya sejauh ini…
Saya faham anda ada didalam group ini…Ada Yang senyap sahaja… Ada Yang mencari ilmu…Ada Yang mencari rakan nak berjuang bersama…Ada Yang mencari inspirasi untuk diri sendiri supaya boleh push diri anda untuk mulakan perubahan… Dan saya mahu bagitahu anda…anda Di laluan Yang betul
Saya macam anda juga… Jadi pemerhati sahaja mula mula…. Anda diet dah? Gagal
Tahniah saya ucapkan pada anda…gagal maksudnya anda mencuba
Selamat berjuang.
I press the play button on YouTube
Sewaktu berat saya Dalam lingkungan 106kg-110kg, saya give up Dalam diet.
Tak tahu apa tidak kena…buat apa pun tak menjadi… Sampai lah hadir seorang rakan Yang sangat hebat membantu saya .. Yeeven Yoon …
Sebenarnya saya kenal beliau melalui channel YouTube beliau fearless passport (popular channels ni sampai luar negara). Kami berkawan Dan saya shared kisah saya ,Kami kongsi story Dan masalah.
Yeeven kata beliau boleh Bantu saya… Akhirnya masalah terjawab…
Masalah berat badan saya Yang tak turun turun kerana kesilapan pengambilan supplement Di farmasi… Sangat tinggi carbo Dan less protein…masa ni baru nak belajar Kan pasal supplement…so Beli main bedal…janji…murah.
Tak sampai sebulan setengah… Dari 106kg … Jadi 99.8kg…dapat bawah seratus Tu mak aishhhhh!!!! Nak buat kenduri Rasa belanja orang kampung makan unta ,tapi tak boleh lagi…Masih miskin, maybe one day…
Banyak perkara Yang yeeven Bantu saya…saya tidak boleh sebut Dalam ni…terlalu banyak… Bak kata pepatah… Jika hidup seribu tahun pun tak mampu saya balas jasa dia…
谢谢你。。。
Percayalah, terus berdoa… Dia maha mendengar… Jika anda hampir tewas…dia hantar Kita bantuan Dalam pelbagai Cara… antaranya…hantar orang Yang baik untuk Bantu Kita
Bila sudah penat berjuang….
Hasilnya Akan datang….
Masa ni keluar mana mana, makcik makcik atau pakcik atau uncle dan auntie serta rakan kita akan tengok.
Siapa ni? Macam kenal?
Kene lah perkenalkan diri kau semula.
Masa ni kalau kau cakap Nama kau zul arifin Pon dieorg percaya. Hehe gurau saja.
Dieorang akan tanya kau…nak tahu…shared la.
Bantu…. Masa pkp orang boleh Naik badan..tapi kau ? Jadi shared lah….perkara baik…kisah kau, kenapa kau berubah… Semua orang Akan bangga dengan kau…
Dan masa ini …kau mula Rasa… keputusan kau satu tika dahulu yang mulakan langkah kecil kini membawa kau jauh…
Percaya la… it’s part of our journey..
94-92kg
Gym…. Saya masuk gym sebelum ini 2011…bersama rakan…semangat membuak buak…ilmu tiada.
Yang Ada jiwa muda Yang naive, orang badan ketul ketul angkat 5 kg dumbbell… Tak Kan 5kg je?
Saya Dan rakan ambik dumbbell 10kg serta tunjuk Kan kehebatan entah dekat siapa…. Akhirnya …esok terasa effect nya…masuk bengkel nak angkat spanar 8 pun tak larat.
Saya pandang member saya, dan Kami saling pandang memandang …Mata Kami berbicara ‘ya semalam lah Hari pertama Dan terakhir di gym’.
Now I’m back…
Niat satu sahaja…belajar… Banyak orang Dalam ni ajar macam macam…baik baik…tiada masalah…tak kira bangsa bang semua kongsi ilmu…
Nak ubah semua ni perlukan keinginan Dan Yang paling penting…anda betul betul inginkan…
Banyak dekat sini Yang Ada masalah Dan alasan keluarga masak sedap….kawan ajak.lepak…..macam macam….ITU dugaan anda Di Dalam perjuangan ini…
Saya pun begitu, tapi saya sedar…. Ada masa saya harus berenang menentang arus supaya saya boleh menjadi kuat…Ada masa saya kene mulakan kitaran positive Dari mencari kawan Yang Sama misi kadang kadang agak sukar… sebenarnya sepanjang masa Kita keseorangan…. Tidak bermaksud anda sombong…biasa lah sunyi… Itu lumrah kehidupan…
Be relentless….makanan atas Tu sedap Dan sihat sahaja… Gambar di atas ni mostly makanan lunch .
Ambil supplement rupanya…cheat……..patut cepat kurus.
Nanti dulu!!!!! Supplement bukan ubat kurus… Dia cuma makanan tambahan sahaja.. bergantung jenis apa Dan keperluan kau. Dekat gym saya belajar banyak pasal supplement, especially whey protein. Bila main gym…Kita bekerja lebih..perlukan protein lebih…kalau tidak cukup protein… results tak nampak satu…kedua…badan sakit melampau…ini pengalaman saya…setiap orang Ada pengalaman masing masing…
Boleh sahaja tidak mahu ambil supplement Dan ambil protein solid…. Namun… prepared lah duit… Kadang kadang saya perhatikan keadaan sekarang…eat clean jadi Mahal ,ye la barang Mahal sekarang…sayur pun Naik harga(kawan Aku ramai tak makan sayur pun bising pasal ni,ni Aku tak faham)…
Namun bila kaji pasal supplement ni…macam macam ada…bukan sahaja Jenama…tetapi brand Dan kesan… Untuk orang macam saya…. Wang mana murah …saya cekau…