Bunga merupakan tumbuhan yang sangat cantik dan ramai orang membuatnya menjadi hiasan di bilik atau bahagi bunga tersebut kepada orang yang teristimewa. Detik indah begitu sudah tentu anda akan sentiasa ingat. Walaupun tidak dapat bunga daripada siapa-siapa, ada sahaja penggemar bunga yang ingin mengekalkan kesegaran dan ketahanan bunga tersebut.
Anda pasti mahu jambangan bunga yang diberi kekal segar dan tahan lama. Kebiasaannya bunga akan layu dan cuma bertahan 3 hingga 5 hari bargantung kepada jenis. Seorang pengguna TikTok @Syubyjane telah berkongsi cara untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanan bunga.
Baca juga: Baru Nak Start Berkebun? Ini 6 Senarai Barang-Barang Yang Wajib Ada
TIPS NAK MENGEKALKAN “FRESH FLOWERS” TAHAN LAMA
1. Letakkan satu penutup clorox.
2. Satu sudu besar gula.
3. Potong daun-daun di bahagian batang yang akan di rendam.
Sangat mudah cara yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @Syubyjane ini. Hanya 3 langkah mudah dan anda akan dapat menyerikan ruangan anda dengan bunga segar dan cantik ini. Selamat mencuba!
Video Penuh:
@syubyjane gomawo chagiya
Sumber: TikTok @Syubyjane