40 Minggu

“Baby Menggelosor Keluar”- Sangat Cepat, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta!

266
SHARES

Ibu mana yang tidak mahukan proses melahirkan anak berjalan dengan lancar dan selamat bukan? Oleh itu, segala persediaan dari segi fizikal dan mentah sudah pastinya telah dilakukan untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan.

Namun, berbeza pula dengan pengalaman yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Facebooknya, dimana dia melahirkan bayi di dalam kereta! Apa yang menariknya, dia dan suaminya sudah berada dalam perjalanan ke hospital, namun kelahiran bayi tersebut berlaku di dalam kereta di hadapan hospital yang ingin dikunjungi. Memang cuak dibuatnya!

PENGALAMAN BERSALIN DALAM KERETA

Ini bukan cobaan.. Ini bethol bethol.

Memandangkan ramai jugak kekawan yang pm tepi suruh tya citer balik macam mane keadaan bersalin dalam kereta aritu. So harini boring-boring masih dok kat wad ni, kite buat la karangan utk korang hayati. Gittew.

17/2/2021

Pagi ni bangun je macam biasa. Lepas solat subuh, aku sambung tido sebab badan letih.

9.00am – Terbangun sebab tetibe sakit perut. Rasa macam contraction sikit. Tapi disebabkan 3 hari sebelum tu dh kena false contraction.. malas nk pikir sangat. So buat la rutin biasa. Godak cekelat. Buat chocojar. Tp time buat tu mmg rasa contraction dh on off. Tapi tak monitor timing.

11.30am – masih menggodak cekelat. Tapi rasa mcm dah takleh berdiri betol dah. Sakit yakmat.

12.30pm- husb ckp “pegi siap skrg, masuk kereta. Kite g hospital skrg”.

Zup zap bersiap dengan jalan yang tak berapa nak kuat tu, 12.45pm gerak la kami berempat ke sepital. Dalam perjalanan tu contraction makin lama makin kuat. Rasa macam 2 min sekali mcm tu. The struggle is real. Tak leh fikir ape dah jerit tahan sakit sambil suruh husb drive cpt sikit.

Paling best part Anas bagi moral support “Mama tahan sikit ye, mama kena kuat.” Atiq plak bahagian bebel “Papa cepat la sikit, mama sakit tu”. Terharu dengar. Tp tgh sakit sangat2, tak terluah nk ckp terima kasih kat dua hero aku tu.

1.00pm- sampai je kat PPUM bangunan Kompleks Wanita & Kanak-Kanak. Husb pon tengah terpinga-pinga tatau nk ke mana. Aku suruh dia tny kat pondok polis bantuan. Ngam-ngam Polis bantuan bukak pintu pagar dan bgtau husb kena tekan button intercom utk panggil nurse. Ketuban pecah…

KETUBAN DAH PECAH, TUP TUP DAH BERSALIN…

Husb parking bebetol depan pintu kecemasan bersalin. Dia turun and tekan button intercom. Time dia turun tu aku dh rasa kepala baby kt bawah. So aku xde pilihan, buka terus seluar and tetibe…

1.11pm- Ploopps, baby menggelongsor keluar. Maka lahirlah seorg baby girl, seberat 2.6kg lahir ke dunia ni. 

Terpinga sekejap Atiq & Anas tgk adik dia yang dah ade depan mata berlumuran darah tu. Siap je husb azan & iqamatkan bby, dtg dua org nurse potong tali pusat baby & bawak aku terus ke Wad Bersalin. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku.

1. Selalu doa, mintak-mintak la Kerajaan izinkan suami teman wife bersalin time covid ni. (Sekali bukan suami je teman, dgn anak2 sekali teman)

2. Selalu doa, xnk buat swab test. (Sbb org ckp swab tu sakit)

3. Selalu doa, xnk contraction lelama.

4. Selalu doa, xnk kena seluk check jalan byk kali.

Ya rabbi, syukur sesangat. Allah permudahkan urusan bersalin kalini.

Ps: Sorry husband, Fitri Selamat sebab sepanjang jalan ke hospital sy marah2 awk suruh cpt.. thankyou gak sbb uruskan sy n uruskan anak2 sepanjang sy warded ni. Lebiu

Sumber: Athirah Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×