Suami Isteri

10 Tips Elak Gaduh Suami Isteri. Jauhi Pergaduhan!

17
SHARES
Tips Elak Gaduh Suami Isteri. Jauhi Pergaduhan!

Tips Elak Gaduh Suami Isteri

Tips ini dihantar oleh salah seorang pembaca yang sudi dan ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengelakkan masalah di dalam perkahwinan.. Semoga mendapat sedikit manfaat.

1. Terus-terang dalam komunikasi

Selalunya pergaduhan atau perselisihan faham terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus-terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus-terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Lebih penting untuk berterus-terang kerana untuk melihat masalah yang sebenar.

2. Buat bajet perbelanjaan

Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar.

3. Buat kerja sama-sama

Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Sikap toleransi penting dalam hubungan suami isteri.

4. Cinta sepenuhnya

Sentiasa berikan ‘effort’ sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas.

5. Bertolak-ansur

Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.

6. Masa yang berkualiti. Bukannya kuantiti.

Sentiasa luangkan masa bersama–sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan–kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.

7. Sentiasa puji pasangan

Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesuatu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan.

8. Buat ‘surprise’

Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda.

9. Keluarga dia, keluarga kita juga

Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat.

10. Tahan diri dari buat kejahatan

Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rasuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda.

Untuk dapatkan doa rumahtangga bahagia, boleh ke sini. Semoga membantu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×