40 Minggu

“Bila Nak Ada Anak?”- Miliki 2 Rahim,Wanita Kongsi Video Sebak Sering Ditanya Tentang Zuriat

52
SHARES

Apabila sudah masuk ke alam perkahwinan, sudah pastinya setiap pasangan inginkan kehadiran seorang zuriat bukan? Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang bertuah untuk mendapat zuriat dalam masa yang singkat malah ada yang perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan zuriat.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang tidak sensitif dengan situasi ini dan suka membanding-bandingkan dengan kehidupan mereka yang mudah mendapatkan zuriat.

MILIKI 2 RAHIM, SATU BUAH PINGGANG

Seorang wanita sempat berkongsikan rasa sebak apabila mengalami dilema mengenai isu kehamilan. Berkongsikan video melalui TikTok, @schapyqa yang berusia 26 tahun masih belum berpeluang untuk hamil walaupun usia perkahwinan sudah 2 tahun.

Disebalik soalan mengenai kehamilan yang diterima, siapa sangka bahawa dirinya sebenarnya mengalami masalah kesihatan.Melalui pembedahan cyst yang dilalui dahulu, dia didiagnosis dengan mempunyai satu sahaja buah pinggang beserta dua rahim.

‘PEJUANG 2 GARIS BIRU’

Meskipun sering menerima soalan yang boleh mengguris hati dan menduga perasaan, dia akan terus menjawab segala persoalan mengenai zuriat dan kondisi kesihatannya. Bukan itu sahaja, dia juga mengharapkan orang ramai supaya terus mendoakan kesihatannya dan terus memberikan semangat sebagai ‘Pejuang 2 Garis Biru’. Ramai juga dalam kalangan warganet yang berkongsikan situasi yang sama, dimana walaupun usia perkahwinan sudah lama tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

*Sama-sama kita doakan segala urusan dipermudahkan bagi sesiap sahaja yang sedang melalui proses mendapatkan zuriat. Bagi yang ingin bertanyakan soalan, pastikan juga soalan yang ditanya tidak mengguris hati dan menjaga sensitiviti ya!

Sumber: @schapyqa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×