Cantik

Tips Kulit Bersih Tanpa Cela Guna Teknik ’60 Seconds Rule’ Ikut Saranan Pakar Kecantikan

70
SHARES

Tak semua orang dilahirkan dengan kulit yang bersih dan cantik. Sesetengah memerlukan usaha yang lebih untuk memiliki kulit yang diidamkan. Jadi, skincare guru terkenal dunia ini telah perkenalkan teknik yang boleh bantu menyihatkan kulit. Memang mudah & berkesan tau!

TEKNIK 60 SECOND RULE

Teknik 60SecondRule yang diperkenalkan oleh Nayamka Roberts-Smith dikenali juga sebagai LABeautyologist. Ia diberikan nama 60 second rule kerana anda perlu bersihkan muka selama 60 saat menggunakan hanya jari. Ini boleh buatkan bahan-bahan dalam produk pencuci muka serap dengan lebih baik dan berkesan.

MEMBERSIH SECARA MENYELURUH

Teknik ini mampu melembutkan kulit dan melarutkan kelenjar minyak yang tersumbat pada muka. Kadang-kadang lebihan make up atau kotoran akan melekat di muka walaupun telah dibersihkan. Untuk pastikan kotoran dan lebihan make up itu tadi betul-betul bersih, teknik ini boleh bantu dalam mencuci secara menyeluruh seperti di tepi hidung dan dagu.

TEKNIK YANG BERKESAN!

Teknik ni memang nampak mudah dan sangat basic, tapi ia mampu ubah kesihatan kulit muka tau! Ramai wanita dalam dan luar negara telahpun cuba teknik ini dah ia ternyata berkesan.

Bagi pengamal cara ‘double cleansing’, Roberts-Smith mengatakan masa perlu dibahagi kepada dua. Contohnya 30 saat untuk oil-base cleanser dan lagi 30 saat untuk gentle base cleanser. Jika seminit digunakan untuk setiap produk, kulit yang sensitif mesti mula meragam.

Teknik ini boleh beri kesan yang instant jika diamalkan setiap malam. Anda akan merasakan kulit anda lebih licin, lembut dan sihat!

Sumber: Nayamka Roberts-Smith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×