Sihat

Tips Elak Gemuk Air Di Hari Raya, Barulah Tak ‘Kembang’ Dalam Gambar OOTD!

32
SHARES

Pernah dengar istilah gemuk air? Biasanya kalau lepas bangun tidur kadangkala anda akan berasa lebih gemuk. Hal ini disebabkan gaya pemakanan dalam kehidupan seharian.

Jadi, masalah ini juga sering berlaku semasa musim perayaan dek kerana terlalu banyak makanan dan minuman diambil tanpa menjaga kuantiti yang ditetapkan sehingga menyebabkan muka membulat dan sebu.

Baca juga: Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang!

TIPS ELAK GEMUK AIR DI HARI RAYA, BARULAH TAK ‘KEMBANG’

Kalau anda mengalami masalah gemuk air, ikuti 8 tips penting seperti yang dikongsi oleh Mohd Shahfazreen di laman Facebooknya.

Jika selepas 2-3 hari raya badan sebu, baju jadi sempit, kain rasa ketat, muka membulat antara puncanya ialah water retention atau gemuk air. Cara untuk kurangkan & elak gemuk air ialah: 

1. Minum lebih air kosong untuk flush air dalam tubuh. Jika kurang air, tubuh akan pegang lebih air dalam badan. Jadi kena bagi cukup minum.

2. Kurangkan karbohidrat yang tak perlu. Setiap 1g karbo pegang 3-4 gram air. Tak semestinya tak makan langsung, kawal pun okay dah.

3. Dapatkan tidur yang cukup. Kadang hari raya setiap malam tidur lewat. Tubuh jadi stress dan akan memegang lebih air dalam badan.

4. Kurangkan garam. Ia ibarat pasir pantai yang menyerap air & tambah berat dalam badan.

5. Elak terus garam mungkin susah. Kurangkan process food, kuah yang banjir dan hadkan diri makan kerepek-kerepek yang masin.

6. Cari dan makan sumber serat seperti sayur pada kuah lodeh dan buah-buahan. Mudah nak melawas dan perut lebih kempis.

7. Berpeluh akan singkirkan air dari badan. Tak semestinya bersenam. Bermain dengan anak buah dan jalan kaki pusing kampung pun okay.

8. Buat senaman ringan. Bawa kasut sukan dan tali skipping balik kampung. Boleh jogging keliling rumah atau skipping depan halaman.

Lemak badan tak bertambah dalam masa yang singkat. Berat air yang akan naik dengan cepat. Kawal pengambilan biskut raya, air manis, kuah banyak dan makanan yang berproses. 

Cukupkan minum air kosong. Jaga waktu tidur. Ambil serat bantu melawas. Berpeluh untuk singkirkan air yang tak perlu dalam badan. Sepanjang berhari raya, dapat kekalkan perut supaya kempis. Baju raya pun elok muat. Muka pun tak makin bulat.

Sumber: Facebook Mohd Shahfazreen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×