Rakyat

Tinggalkan Rumah Banyak Hari? Guna Aplikasi VSP Supaya Polis Datang Ronda Setiap Masa!

27
SHARES

“Nak tinggal rumah banyak hari ni, agak-agak ada tak polis ronda eh?”

Bila dah boleh pergi berjalan-jalan sejak beberapa negeri telah diletakkan dalam kumpulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Bersyarat, ramai yang sudah ambil peluang untuk merehatkan mindah di hotel. Jadi, mungkin akan banyak hari kita tiada di rumah dan begitu juga dengan jiran-jiran kawasan perumahan.

Kalau anda risau tinggalkan rumah dalam masa yang lama, sebenarnya anda boleh guna aplikasi Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP, merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

FAEDAH DAN CARA MENGGUNAKAN VSP

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

1.Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.

2.Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.

3.Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

-Muat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

-Tekan daftar dan masukkan butiran peribadi anda.

-Cara-cara untuk menghantar aduan VSP.

Boleh muat turun di Apple IOS dan Android dalam telefon pintar anda ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×