keselamatan

VSP PDRM: Isi ‘Borang Balik Kampung’ Untuk Elak Kes Kecurian

3K
SHARES
cara buat laporan polis

“Fuh, seronoklah dapat cuti lama kali ni. Boleh balik kampung lama sikit. Tapi dengar kata jiran-jiran pun pakat nak balik kampung semua. Risau pulak kalau makin sunyi je kawasan ni. Dulu pernah ada kes pecah rumah dekat lorong belakang tu…”

Musim-musim cuti nanti, mesti masing-masing teruja nak balik kampung atau pergi melancong bersama orang tersayang. Walaupun kita dah ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan, tentu tersemat sedikit rasa risau juga kan? Lebih-lebih lagi kalau kawasan kejiranan anda pernah diceroboh.

Sebenarnya, kini anda boleh memaklumkan ketiadaan anda terus kepada PDRM melalui aplikasi VSP yang dibangunkan khusus sebagai inisiatif untuk membanteras jenayah.

Jom ketahui serba sedikit tentang aplikasi canggih ini.

cara buat laporan polis

5 Perkara Menarik Tentang Aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) Yang Tak Ramai Tahu

1. Apakah Aplikasi VSP

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak polis.

Menurut sumber, VSP ini adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS), di mana PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

2. Pihak PDRM Akan Dimaklumkan Secara Terus

Bagi penghuni-penghuni rumah yang ingin pulang ke kampung sempena cuti yang bakal menjelang tiba, anda boleh mengisi borang maklumbalas balik kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan mudah dan pantas.

Setiap maklumbalas yang diterima oleh sistem itu akan dihubungkan ke semua bilik gerakan polis daerah dan kontinjen.

Foto Kredit: Hafiz Glass Tint

3. Rondaan & Pantauan Akan Dibuat Secara Berkala Ke Rumah Anda

Menerusi maklumat ini, pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen penugasan seperti URB dan MPV.

Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah anda telah dilawati dan di pantau.

4. Boleh Dimuat Turun Dengan Mudah

Aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Playstore dan IOS App Store bagi pengguna IPhone dan anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu.

Muat turun aplikasi VSP boleh dibuat melalui pautan dibawah:

Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8&fbclid=IwAR07xfW0KRLnW2lNQvPfPafNN85HgF8LlGWYXmIMTyHuY5WyzA-rGp8gGlY

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&fbclid=IwAR0cjRrTtgFJsG6UbA6reIBdyCTi72lnRuTk55kiFKsQWfqiZiI0zE9hzZE

5. Aduan Lain Juga Boleh Dibuat

Selain memaklumkan maklumat balik kampung, kita juga boleh melaporkan atau membuat aduan lain seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, atau lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Aplikasi ini juga dilengkapi dengan direktori – iaitu senarai alamat dan nombor telefon serta lokasi ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat dan perkhidmatan.

Install Cepat Sebelum Balik Kampung

Wah, lepas ni dah bolehlah balik kampung dengan hati yang lebih tenang. Kawasan kejiranan pun rasa lebih selamat dengan adanya rondaan pihak berkuasa.

Sangat berguna kan? Jadi jom kita install aplikasi VSP ini sebelum balik kampung nanti!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri (MOHA).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×