Famili

KL Tower Tawar Tiket Masuk Percuma Ke Observation Deck Hingga 31 Julai Ini

3.8K
SHARES
tiket percuma kl tower

Nampaknya ramai yang menyambut baik diskaun dan promosi yang ditawarkan sempena pembukaan semula tempat-tempat lawatan.

Untuk ibu ayah terutamanya, ada lagi satu BERITA BAIK!

Menara Kuala Lumpur / KL Tower akan mengadakan kempen “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!” sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula kepada para pengunjung.

Tiket masuk PERCUMA ini adalah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) dimana harga asal adalah RM30.

Kempen ini diwar-warkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur salah satu post terkini menerusi Facebook mereka.

BERITA BAIK untuk semua! 🎉🎊Menara Kuala Lumpur akan mengadakan kempen "WE ARE FREE! – Masuk Percuma!" sepanjang bulan…

Posted by Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) on Monday, June 29, 2020

Tempoh Kempen

Promosi tiket percuma “WE ARE FREE! – Masuk Percuma!”  ini bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020.

Pelancaran kempen ini secara langsung di Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) pada 4 Julai 2020 jam 11.30 pagi.

Terma & Syarat

** WE ARE FREE / Masuk Percuma Terma & syarat :-

  1. Promosi ditawarkan kepada semua dan sah bermula dari tarikh PKP berakhir hingga 31 Julai 2020 untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur.
  2. Lawatan ke Menara Kuala Lumpur tertakluk kepada “Siapa Cepat Dia Dapat” dan kapasiti menara.
  3. Semua pelawat perlulah mengikut SOP KKM dan norma sosial tempatan ketika berada di Menara Kuala Lumpur.
  4. Semua pelawat ditawarkan POTONGAN tiket 50% sekiranya melawat ke Sky Deck, sah sehingga tawaran berakhir.
  5. Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah terma dan syarat sekiranya perlu tanpa notis.

tiket percuma kl tower

Jom Bawa Keluarga & Rakan-rakan Ke Menara Kuala Lumpur!

Wah, tak lama dah tu… Bukan senang nak dapat promosi macam ni.

Hari tu dah ada promosi KL Bird Park serendah RM6, kali ni Menara Kuala Lumpur pulak buat promosi kaw-kaw. Harapnya lepas ni lebih banyak tempat menarik boleh adakan promosi jugalah kan?

 

Jadi, jangan lepaskan peluang ini tau. Ibu ayah dah boleh plan siap-siap supaya dapat elakkan kesesakan.

Jom makan angin di Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur!

Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan dan saudara-mara tentang berita baik ini.

tiket percuma kl tower

Maklumat Lanjut

Lawati laman web rasmi www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut.

Sila ajukan sebarang pertanyaan melalui nombor telefon 03-2020 5499.

Anda juga boleh mengajukan soalan atau mengikuti update terkini mereka melalui media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur / KL Tower di ketiga-tiga saluran berikut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×