Dapur

Tiga Syarat Nak Pilih Jenis Slice Cheese Untuk Anak, Jangan Salah Pilih!

11
SHARES

Sebut sahaja keju atau cheese, sudah pasti menjadi kegilaan bukan sahaja orang dewasa malah anak-anak juga. Tambah sahaja pilihan jenis cheese ke dalam menu harian, pasti licin makanan yang disajikan. Namun, tahukah anda bahawa bukan semua jenis slice cheese adalah bagus untuk anak-anak? Oleh itu, berikut merupakan perkongsian tiga syarat yang mak ayah kena tengok untuk pilih jenis slice cheese terbaik untuk anak-anak.

Baca juga: Biasakan Anak Makan Ikan 2 Kali Seminggu Kalau Nak Bijak, Bukan Ayam Goreng…

TIGA SYARAT PILIH SLICE CHEESE

Pilih slice cheese yang kurang diproses untuk anak-anak makan. Berbeza tau rasa slice cheese yang asli dengan yang tinggi proses. Tekstur pun berbeza.

Yang asli lebih keras, mudah patah, dan agak kasar permukaan slice cheese. Dulu saya tak tahu, selalu makan je slice cheese yang tinggi proses. Berkilat permukaan, lembut dan licin je tekstur nya. Bila dah belajar sikit tentang pemakanan sihat, saya mula jadi pemilih apa yang anak-anak suka makan.

Cari slice cheese, yang bahan tak banyak. Jom baca 3 syarat pilih slice cheese.

1. Susu, garam, culture dan rennet

– Cari cheese dengan 4 bahan ni sahaja.

– Biasanya dalam bentuk blok, tapi sekarang mudah jugak nak jumpa dalam bentuk slice dan grated.

2. Rennet tumbuhan dan microbial

– Rennet adalah bahan yang digunakan untuk tukarkan susu kepada pepejal cheese.

– Elak cheese dari rennet haiwan, biasanya datang dari perut anak lembu, kambing dan biri-biri yang mana kita tidak tahu cara sembelihan mereka. Dan boleh jadi juga datang dari khinzir.

– Belek tanda halal jika rennet microbial digunakan, kerana ada juga yang dibuat dari sumber haiwan.

3. E code dan bahan tambahan lain

– Elak cheese yang ada banyak label E code, pengawet, pewarna tambahan, dan sebagainya. Cheese hanya perlukan 4 bahan utama sahaja. Cheese dengan bahan ramuan yang lebih banyak, bermakna ia makin tinggi diproses.

CONTOH PILIHAN CHEESE YANG BAIK

Ramai suka bagi cheese untuk anak kan. Saya pun sama. Kita cuba cari pilihan yang lebih baik terutama untuk anak-anak kecil yang baru nak kenal makanan. Kita cuba sama-sama ya. Tengok gambar ya, contoh untuk pilihan slice cheese yang lebih baik.

1.Cheddar slice cheese

Warna cheddar sama macam cheese lain, kalau oren sangat tu maksudnya ada pewarna tambahan. 100% natural ingredients gitu.Susu, garam, microbial rennet dan lactic acid. Cukup kan 4 bahan. Logo halal pun ada.

2.Emmental cheese

Senang nak simpan kalau ada dalam box kecil macam ni. Bahan pun lulus. Tulis dah kat situ, processed cheese slice ingredients. Bahan pun tak sama macam atas tadi kan.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×