Fesyen

Tiga Pereka Fesyen Ini Tampilkan Design Pakaian Untuk Raya Bersama Vivo V9, Meletop!

6.4K
SHARES

Sudah setengah bulan kita berpuasa, masih bertenaga lagi tak? Tak mengapa. Habis puasa nanti kita boleh sambut Hari Raya pula. Yay! Anda pasti dah mula buat persiapan untuk menyambut raya yang bakal tiba kan? Baju raya pun mesti dah beli tu. Hee..

Smartphone mula buat hal sebelum raya? Haa, ni berita terbaik untuk anda. Manalah tahu anda nak tukar smartphone baru untuk raya kan. Kalau kena dengan baju raya, memang bagus sangatlah. Vivo ada penyelesaian untuk anda!

Fesyen bersama Vivo V9 dan Generasi Fesyen

Vivo Malaysia telah menjemput 3 pemenang pertandingan pereka fesyen iaitu Generasi Fesyen. Pemenang tersebut ialah Wan & Mary, Seth & Luna dan Ridzuan Alias. Sebanyak 6 set pakaian telah dibuat oleh mereka. Kena sangat dengan objektif jenama Vivo iaitu teknologi, antarabangsa dan fesyen.

Jom kita tengok design pakaian yang dibuat oleh ketiga-tiga pemenang ni. Memang meletop dan gorgeous habis! ?

Wan & Mary – Teknologi

Inilah juara Generasi Fesyen iaitu Wan & Mary! Dua pereka fesyen jenama ni iaitu Hazzerwan Lee, 28 tahun dan Mariam Musa, 28 tahun telah mengenali antara satu sama lain selama 5 tahun. Wan & Mary dibentuk pada 2 hingga 3 tahun yang lalu.

Produk utama mereka ialah pakaian jalanan, kasual dan sukan. Sebelum ni mereka ada sampaikan karya seni mereka di London, Dubai dan Kuala Lumpur (sewaktu Minggu Fesyen Kuala Lumpur). Bukan biasa-biasa! ?

Kali ini, mereka bekerjasama dengan Vivo dan membuat pakaian untuk perempuan dan lelaki. Inspirasi mereka datang dari Vivo V9 Sapphire Blue yang limited edition. Mereka sengaja mencipta idea pakaian sukan yang berasal dari digital supaya adanya gabungan teknologi dan fesyen. Fuh!

Seth & Luna – Antarabangsa

Seth & Luna adalah jenama yang mendapat first runner up dari Generasi Fesyen dan dimiliki oleh dua pereka fesyen, Irie, 29 tahun dan Jimiey, 26 tahun. Seth & Luna telah berada dalam industri fesyen lebih dari 3 tahun dan gaya fesyen mereka biasanya ke arah wanita moden.

Kali ini, mereka mencipta design untuk dipadankan dengan Vivo V9 Velvet Red. Fesyen tersendiri mereka ini membawa unsur Vivo V9 Velvet Red dan Sapphire Blue. Boleh nampak dua-dua elemen ini ada chemistry!

Kalau nak tahu, Seth & Luna dapat inspirasi design ni dari superheroes. Dalam imaginasi mereka, warna merah mewakili kuasa dan biru mewakili emosi. Memang power! Anda dapat lihat kombinasi kedua-dua warna dan smartphone Vivo. Betul-betul melengkapi antara satu sama lain kan?

Pada masa yang sama, Seth & Luna sebenarnya menunjukkan bahawa smartphone sebenarnya “superheroes” anda. Eh, kenapa macam tu? Anda pasti tak dapat hidup tanpa smartphone anda dalam zaman moden ni bukan? Tanpa smartphone, hidup jadi tak menentu. Betul tak?

Dengan inovasi teknologi, setiap orang mesti ada sekurang-kurangnya satu smartphone. Setuju? Anda pun baca benda ni dengan smartphone kan. Hehe. ?

Ridzuan Alias – fesyen

Jenama ni mempunyai nama yang sama dengan pengasas dan perekanya iaitu Ridzuan Alias yang berusia 27 tahun. Beliau dah 5 tahun berpengalaman dalam industri fesyen. Gaya design beliau biasanya pada perkahwinan dan moden. Kalau nak tahu, beliau juga suka menggunakan bahan batik.

Bagi rekaannya untuk Vivo, beliau telah mereka 2 pakaian wanita. Idea kreatif utamanya berasal dari Vivo V9 Velvet Red. Beliau juga menggunakan kain tradisional Melayu sebagai tema utama. Kenapa warna merah? Sebab merah melambangkan berani, bertuah dan semangat. Lagi satu, warna merah ni favouritenya. Hehe.

Kalau nak tahu, Ridzuan Alias sangat konsisten dalam mereka pakaian fesyen tradisional Melayu. Sebab tu designnya lebih tertumpu kepada baju kurung, lagipun dah nak raya tak lama lagi.

Bagi Ridzuan Alias, smartphone boleh jadi tradisional dan bergaya. Ia merupakan inovasi dari telefon bimbit yang old school ke smartphone berteknologi moden. Selari dengan fesyen, ia juga ada perubahan baru. Tapi trend terkini dah pun kembali kepada gaya vintage, sama seperti inovasi smartphone. Ia cuba membawa kembali konsep berkomunikasi dengan seseorang.

Macam mana? Pasti anda sudah mula tertarik dengan Vivo V9 bukan? Haa, bolehlah pakai smartphone Vivo yang terbaru ni untuk raya. Hihi. Tapi warna apa yang available untuk Vivo V9 ni? Sini kami bagitahu..

Vivo V9 boleh didapati di Concept Stores dan dealer lain di seluruh Malaysia. Warna-warna yang available ialah Pearl black, Gold, Velvet red dan Sapphire Blue. Harga dijual pada RM 1319. Warna Sapphire Blue sebenarnya limited edition dan hanya tersedia semasa stok terakhir. So, kalau nak kena cepat-cepat grab ya!

Jom bergaya dengan Vivo V9 sempena raya ni. Pasti anda nampak lebih stylo dan gorgeous. Beli yang sesuai dengan warna baju raya anda tahun ni. Barulah matching! ?

Nak info lebih lanjut? Anda boleh layari ke laman web rasmi Vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my). Jangan lupa like dan follow Facebook Vivo Malaysia kalau nak tahu perkembangan terkini mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×