Sihat

Tidak Perlu Buat Swab Test Kedua Selepas Tamat Kuarantin- KKM

497
SHARES

Penularan wabak Covid-19 yang sudah setahun melanda negara kita sememangnya amat merisaukan dan kini kes-kes positif harian juga kian meningkat dari hari ke hari.

Sebelum ini, ujian swab test akan dilakukan selepas berjaya menjalani kuarantin di hospital mahupun pusat kuarantin. Keputusan yang dikeluarkan akan memastikan individu tersebut harus meneruskan kuarantin atau pulang ke rumah.

Baca juga: 13 Jenis Ubat Kena ‘Standby’ Di Rumah Kalau Alami Gejala Ringan Covid-19

TIADA LAGI UJIAN SWAB TEST KALI KEDUA

Walau bagaimanapun, prosedur standard operasi (SOP) baharu telah dikeluarkan setelah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengkaji lebih dalam mengenai virus Covid-19.

SOP baharu itu adalah tiada ulangan swab test akan dilakukan selepas menjalani kuarantin 10 hari. Walau bagaimanapun, perkara ini akan telah membimbangkan rakyat kerana adakah virus tersebut tidak akan menjangkiti orang lain?

Satu kajian telah dilakukan dimana kebolehjangkitan virus ini akan menurun selepas hari ketiga gejala muncul dan dikatakan tidak akan menjangkiti orang lain selepas tujuh hari. Justeru itu, tiada lagi swab test dilakukan pada waktu pulang.

APA ITU NILAI CT DALAM UJIAN RT PCR?

Teruskan mengamalkan SOP yang ditetapkan dan jaga diri serta kebersihan. Sama-samalah kita melawan penularan wabak Covid-19 ini.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×