Kini Trending

Tidak Melekit & Berbau Pic-Vaseline Prebiotic Super Vitamin Serum Baharu Ni Wajib Bawa Bila Bercuti!

1K
SHARES

Wanita sememangnya sinonim dengan penjagaan kulit. Ramai yang sanggup berhabis duit untuk mengekalkan atau menambahkan kecantikan kulit yang dimiliki. Siapa je yang tak mahu kulit yang lembap dan cerah kan?

Tapi bukan rutin penjagaan kulit wajah je kena konsisten, kulit badan pun kena diberi perhatian juga! Kalau tak dijaga dengan baik, kulit badan akan menjadi kering!

Bagi yang mempunyai kulit yang kering, anda perlu menggunakan losyen badan dengan lebih kerap. Masa yang paling sesuai untuk anda menggunakan losyen adalah lepas mandi atau bila anda berada dalam bilik berhawa dingin. 

Tidak kira lah jenis kulit yang dimiliki, tetap memerlukan pelembap! Jadi anda harus menitikberatkan tentang penggunaan losyen ni. Jom admin kongsikan dengan anda satu losyen yang best!

Losyen Vaseline pertama dengan prebiotik!

Buat pengetahuan anda semua, Vaseline mengeluarkan produk terbaharu iaitu Prebiotic Super Vitamin Serum Peach! Ini merupakan produk pertama yang diformulasikan dengan prebiotik yang berfungsi untuk mengekalkan kulit yang sihat dengan kelembapan berpanjangan. Wow menariknya!

Anda mesti tertanya-tanya apa kebaikan prebiotik kan? Haa.. dengan prebiotik ia membantu mengekalkan mikrobiom kulit untuk melindungi lapisan luar kulit menjadikan kulit lebih sihat!

Selain itu, losyen ini mengandungi Vitamin B3 yang membantu untuk mencerahkan dan menjadikan tona kulit lebih sekata serta Vitamin C untuk kulit sentiasa kekal terhidrat!

Tak melekit dan mudah meresap!

Tapi mesti ramai juga yang tak suka apabila losyen yang dipakai mempunyai tekstur yang melekit dan lambat meresap ke dalam kulit kan?

Berbeza dengan jenama losyen badan yang lain, Vaseline Prebiotic Super Vitamin Serum Peach mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit, menjadikan ia losyen yang perfect untuk digunakan di badan mahupun tangan.

Bukan sahaja melembapkan kulit, malah produk ini dirumus dengan 100% ekstrak semula jadi buah pic! Bestnya pasal losyen ini ialah baunya yang sangat wangi dengan manis buah pic!

Paling penting, losyen ini mudah menyerap dan tidak meninggalkan sebarang rasa tidak selesa pada kulit anda! Memandangkan cuaca di Malaysia ni selalu panas, sesuai sangat kalau anda gunakan, lagi-lagi untuk yang suka pakai baju lengan panjang tu! Sapu-sapu je kulit anda nampak lebih bermaya dan tak kering dah!

Mudah dibawa kemana-mana!

Selain itu, losyen ini juga hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 110ml dan juga 360ml yang mudah dibawa kemana-mana dan juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Nak simpan dalam handbag pun boleh, senang kalau nak pakai bila anda rasa kulit kering. Dah lah wangi, mudah di bawa ke mana-mana, melembapkan kulit juga! Confirm tak cari lain dah!

Tak sabar nak beli! Jom dapatkan Losyen Vaseline Prebiotic Super Vitamin Serum Peach di Watsons berdekatan anda atau kedai atas talian! Mudah sangat.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook dan Instagram mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×