Famili

“Tiada Tapi, Tiada Nanti” – Selami Kisah Baker Viral Malaysia Yang Sangat Memberi Inspirasi

11K
SHARES

Kereta pernah ditarik, kedai dikunci, sewa rumah tertunggak selama 9 bulan dan duit di dalam poket hanya tinggal RM5, tak mematahkan semangat Anne Idris untuk terus bangkit dari kegagalannya dalam menebus kesilapan lalu. Mengumpul kembali keberanian, Anne tekad untuk membangunkan semula bakerinya iaitu My Mum’s Bakery.

Kali ini, kami bawakan kisah hidup Baker Viral Malaysia yang penuh dengan pahit getir, tetapi kini menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.

TIDAK PERNAH ADA PUTUS ASA DALAM DIRI

Hampir satu dekad dalam dunia bakeri, Siti Saleha Idris ataupun dikenali sebagai Anne Idris kini boleh dikatakan berada dalam level yang tersendiri. Google je kek termahal di Malaysia, mesti terpampang nama Anne Idris. Mana tidaknya, jika diikutkan tidak terbayang dek akal apabila dia mampu menjual sekotak kek pada harga puluhan ribu ringgit dan kek termahal pernah dihasilkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Perdana Menteri, VIP, artis, bukan calang-calang yang menjadi pelanggan My Mum’s Bakery ni tau. Malah, My Mum’s Bakery juga pernah diberi kepercayaan membuat kek untuk Raja Arab Saudi iaitu King Salman pada tahun 2017! Wow!

Hasilnya, nama Anne Idris dah berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Usahawan Safi Rania 2012, Anugerah Usahawan Cemerlang Tekun Nasional 2017 dan juga Ikon Usahawan Muda 2019.

Bila ditanya apakah yang menjadi pemangkin kepada kejayaannya hari ini, bagi Anne, ibu, keluarga dan mentornya iaitu arwah Dato Wira Maznah merupakan pendorong utama yang tak pernah jemu memberi sokongan sehingga beliau sampai ke tahap sekarang.

Menurut Anne, pengajaran yang beliau dapat sebelum sampai ke tahap ini sangat menyakitkan. Hanya dalam masa tiga tahun, modalnya yang berjumlah RM130,000 habis begitu saja.Bayangkan, kereta kena tarik, kedai kena mangga sebab tak mampu nak bayar sewa, perniagaan merudum. Semua itu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang kurang ilmu dan kemahiran dalam perniagaan. Mengenangkan wajah ibunya, beliau tekad untuk berubah dan menebus kesilapan lalu.

Tambah Anne, beliau tidak mahu orang lain turut merasai perkara yang sama, dan atas sebab itulah beliau kini aktif memberi ceramah dan motivasi kepada individu serta peniaga yang memerlukan panduan dalam bidang perniagaan.

Dalam dirinya tidak pernah ada putus asa dan beliau sentiasa berpegang dengan moto “tidak ada tapi, tidak ada nanti”. Barulah semua perkara berjalan lancar dan kita pun gembira dengan hasil yang dicapai.

GENDER TAK MEMAINKAN PERANAN PENTING..

Anne juga berpendapat, bahawa wanita, khususnya wanita bekerjaya kini boleh berdikari dan berdiri pada satu tahap yang sama dengan lelaki. Jantina sememangnya tak memainkan peranan yang penting , kerana yang lebih utama adalah untuk terus berusaha dan maju pada masa hadapan.

“Kepada wanita di luar sana, jangan mudah untuk putus asa dan cuba beranikan diri untuk keluar dari zon selesa anda kerana tidak ada kejayaan tanpa kerja keras dan tawakal. Tidak ada tapi, tidak ada nanti. Teruslah buat sesuatu tanpa alasan”, tambahnya.

Bila dah keluar dari zon selesa, barulah kita tahu kebolehan dan kenal potensi diri sendiri. Kalau tak cuba, mana nak tahu setakat mana kemampuan diri kita kan? Tak Kenal, Tak Cinta, samalah macam MAGGI® CukupRasa!

HEBAT-HEBAT RASA, MAGGI® CUKUPRASA!

Kalau anda di luar sana ada menyimpan cita-cita seperti Anne Idris, tak kisahlah dalam bidang bakeri atau masakan, teruskan usaha dalam merealisasikan impian anda. Tak pandai memasak tapi punya minat yang mendalam?  Jangan takut untuk mencuba! Yang penting, MAGGI® CukupRasasentiasa ada untuk menemani anda di dapur.

Buat anda yang belum pernah mencuba MAGGI® CukupRasa, anda pasti kena cuba tau! MAGGI® CukupRasa™  lengkap dengan bawang segar, rempah-ratus serta rasa ikan bilis dijamin boleh melazatkan lagi masakan anda.

Tak kisahlah sayur campur goreng, mi goreng, nasi goreng, ikan goreng mahupun telur dadar, tak perlu tambah garam, cuma taburkan MAGGI® CukupRasa™ dalam masakan dan rasai sendiri bagaimana ia menaikkan lagi rasa apa jua masakan anda!

Lepas ni, mesti anda akan lebih yakin lagi apabila di dapur. Dah masak tu, jangan lupa share dengan keluarga ya! #TakKenalTakCinta #MAGGICukupRasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×