Famili

Tetap Mahu Bersekolah, Gelagat Murid Darjah 1 Hidap Sakit Buah Pinggang Kronik Ini Sangat Menyentuh Hati

366
SHARES

Musim persekolahan bagi sesi 2019 sudah pun bermula. Inilah masanya untuk kita sebagai ibu bapa dapat melihat pelbagai gelagat anak ketika berada pada hari pertama persekolahan. Ada yang seronok, ada yang menangis dan ada dalam kalangan mereka yang kurang dari segi kesihatan berbanding kanak-kanak biasa. Seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini dimana adiknya yang menghidapi End Stage Renal Failure (ESRF), iaitu masalah buah pinggang yang kronik sejak umur 9 bulan lagi.

Wanita ini berkongsikan gambar dimana adiknya sedang menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah. Rata-rata gambar turut menyentuh hari ramai orang dan berdoa semoga kesihatan adiknya akan semakin pulih.

RAJIN DAN KUATNYA ADIK HAZIM KE SEKOLAH…

Adik yang sekolah tapi kita pulak risau lebih lebih. Semoga kaki tangan kuat utk berjalan, menulis, melukis. Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah. Bila bergurau kata xyah g skolah la dik, dia nangis.

Semoga Hazim Hafifi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan. Hazim penghidap ESRF (End Stage Renal Failure) iaitu sakit buah pinggang tahap kronik didiagnos ketika berumur 9bulan. Start dialisis ketika berumur 1y6m.

Semoga adik Hazim kekal kuat, tabah dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Rajin- rajin belajar tau!

Sumber : Khairatul Azni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×