Hebahan

Tetamu Tidak Lebih 250 Orang, Majlis Perkahwinan & Pertunangan Antara Yang Benar Dianjurkan

62
SHARES

Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala aktiviti sosial telah dibatalkan dan dilarang untuk dilangsungkan. Ramai yang terkesan dengan perkara ini terutamanya bagi mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Ini kerana majlis perkahwinan juga antara yang tidak benar diadakan.

Tetapi, dengan pengumuman baharu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan aktiviti sosial telah dibenarkan untuk diadakan. Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi serta majlis perjumpaan semula juga dibenarkan.

Rentetan pengumuman itu, ramai yang sudah boleh menarik nafas lega!

Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan Antara Yang Dibenarkan

Menurut laporan Berita Harian, semua majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan boleh dianjurkan bermula Rabu ini. Tambah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, majlis yang hendak diadakan itu perlulah patuh pada SOP seperti masa dihadkan untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang.

“Kapasiti ini juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial. Makanan majlis perlu secara hidang atau bufet disediakan, pramusaji hendaklah menghidangkan makanan berkenaan,” katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan PKPP yang berlangsung di Putrajaya hari ini. Semua tetamu dan penganjur juga perlulah patuh pada SOP seperti merekodkan kehadiran tetamu, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka haruslah dilakukan.

Tambahnya lagi, bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis sosial tetapi mungkin sukar untuk mengawal kehadiran tetamu yang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan penganjuran majlis berkenaan.

Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×