Famili

Tetamu Nak Datang Rumah Tapi Tak Sempat Masak? Ini Tips Untuk Anda

11
SHARES

Tengah duduk-duduk tengok TV tiba-tiba ada sedara telefon nak datang! Terus gelabah jadinya. Yelah, takkan lah tetamu datang kasi air je kan? Mesti nak hidang makanan. Nak masak pun tak sempat nak beli bahan masak! Bingung jadinya.

Ada tips yang paling mudah untuk anda ikut kalau anda berada dalam situasi ni. Tipsnya mudah je iaitu, order delivery! Tapi kalau dah kelam kabut, nak order pun korang dah pening nak order apa betul tak?

Jangan risau, kali ni kami tolong senaraikan makanan yang anda boleh pesan kalau ada tetamu tiba-tiba datang. Bukan sahaja menu utama, kami senaraikan sekali dessert serta kedai kopi! Anda hanya perlu scroll je sampai habis.

Paling penting yang anda kena ingat ialah kalau tetamu datang pada waktu 12pm-3pm, anda boleh sediakan makanan tengah hari, kalau 3pm ke 5pm anda boleh sediakan makanan minum petang. Untuk tetamu yang datang lepas pukul 6 ke atas mestilah anda kena sediakan makan malam kan?

Jom tengok makanan yang kami telah senaraikan untuk anda dibawah, semua ni ada dalam aplikasi penghantar makanan tau!

Satay Kajang Haji Samuri

Menu paling best dan paling mudah mestilah Satay! Lagi-lagi kalau pakcik makcik kita yang datang, memang kegemaran mereka ni. Bukan hanya satay yang ada tapi anda juga boleh order nasi goreng, mee goreng dan Nasi Ayam sekali dekat Kedai Satay Haji Samuri ni! Rasa pun memang dah confirm sedap.

Vanilla Mille Crepe

Bagi sedikit kelainan lah guys, selalu order kek biasa kan? Ha, kali ni anda order pula kek Crepe ni. Rasa dia memang umpppph dan setiap layer tu dilapiskan dengan cream mengikut perisa yang anda pilih, kalau coklat maka disetiap lapisan crepe tu akan diselangkan selikan dengan cream coklat!

Boleh la sambut hari jadi sekali kalau tetamu anda tu sedang meraikan ulang tahun mereka pada hari tersebut!

Nasi Kukus Tonggek

Kalau tetamu datang nak dekat waktu makan tengah hari, memang sesuai sangat lah anda order Nasi Kukus Tonggek ni. Ada pelbagai pilihan dari ayam sampai sotong anda boleh pilih. Bila tengok tetamu happy kita pun puas hati kan?

D’Laksa

Nak pelbagaikan menu? Boleh je! Dah order nasi, order la jugak laksa dari D’Laksa ni. Kadang-kadang kita takut nak order laksa sebab takut tak sedap kan? D’Laksa ni takkan mengecewakan anda! Rasa masam, lemak, manis tu semua memang complete. Confirm tetamu anda akan order lagi balik nanti!

SS2 Goreng Pisang

Tetamu datang nak lepak-lepak je tak mahu makanan berat? Order la Goreng Pisang! SS2 Goreng Pisang ni memang terkenal tau, pisangnya ranggup tambah pula dengan taburan bijan dekat atas memang terangkat!

Hazukido

Kalau nak kan sedikit kelainan, beli croissant dari Hazukido ni. Pilihan perisa yang pelbagai ni mesti buat tetamu anda lagi excited dan rasa sangat dialu-alukan.

llaollao

Menu utama sudah, makan petang sudah, kini tiba lah masanya untuk makanan yang sejuk-sejuk pula! Anak-anak confirm suka punyalah dengan adanya tambahan choco ball, serbuk biskut dan juga sos karamel atau coklat ni fuh, mengiurkan!

Soul Brew

Tak sah lah kalau makan benda manis tak dipadankan dengan kopi betul tak? Nak yang kisar ada, nak yang tak ada susu ke nak tambah karamel, anda boleh dapatkan semuanya dari Soul Brew ni! Yang tak suka kopi boleh dapatkan smoothies atau minuman berperisa coklat!

Mudah kan? Lepas ni nak order tengok je list ni dulu. Tak payah serabut nak fikir nak masak apa atau nak order apa ok! Order delivery je terus zassss sampai!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×