Rakyat

Tertekan Pedal Minyak- Dua Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Masuk Tasik

104
SHARES

Terbaharu, insiden menyayat hati berlaku apabila dua beranak termasuk ibu dan seorang anak perempuan ditemukan lemas apabila kenderaan yang dinaiki iaitu Proton Persona, terjunam ke dalam Tasik Serdang dalam kejadian kira-kira 6.30 petang pada Ahad.

TERTEKAN PEDAL MINYAK, KERETA TERBABAS MASUK TASIK

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, kedua-dua mangsa berusia 60-an dan 20-an itu berjaya ditemui dan dinaikkan lebih kurang jam 8.45 malam tadi.

Menurutnya lagi, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa yang berada di kawasan parkir dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan dan tenggelam. Menurut laporan Bernama, pada jam sekitar 6.30 petang tadi, polis menerima maklumat kemalangan mengatakan satu kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta telah terbabas memasuki Tasik Serdang dan terdapat mangsa di dalamnya.

Ketua Polis juga memberitahu bahawa siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berpunca apabila tiba di kawasan tempat letak kereta tidak berkotak berhadapan Tasik Serdang, salah seorang mangsa dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta bergerak ke hadapan.

Lebih menyedihkan adalah apabila anak mangsa dikatakan patah balik untuk menyelamatkan ibunya sebelum kedua-duanya lemas.

“Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dan lemas”

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat turut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Selama serta Pasukan Penyelamat Di Air Sungai Petani.

Sumber: BERNAMA, Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×