Kini Trending

[TERKINI] Kes Pertama Positif Varian Omicron Dikesan Di Malaysia

1.4K
SHARES

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa tindakan pencegahan dan kawanlan jangkitan Covid-19 di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) mendapati kes pertama positif varian yang dibimbangi iaitu Omicron telah dikesan di Malaysia.

Baca juga: Warga Emas Penerima Sinovac Golongan Berisiko Jika Tiada Dos Penggalak

KES PERTAMA POSITIF VARIAN OMICRON DIKESAN DI MALAYSIA

IMR mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif yang disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA sebagai inisiatif tambahan kepada kajian.

Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes menjalani kuarantin wajib di penginapan disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan oleh pihak universiti.

Kenyataan media:

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×