Hebahan

[TERKINI] Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai

181
SHARES

Gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin ramai dalam kalangan kita yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan terutama sekali majlis akad nikah. Penangguhan majlis akad nikah ini dilakukan supaya kita dapat mengelakkan dari berlakunya kes-kes yang tidak dikehendaki berkaitan wabak Covid-19.

KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI SELANGOR MULAI 1 JULAI

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan semula pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran secara fizikal mulai 1 Julai ini.

Bagaimanapun, perlaksanaan secara fizikal ini adalah dengan kehadiran pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah sahaja dari hari Isnin hungga Ahad.

Bukan itu sahaja, kehadiran adalah sangat ketat dan hanya pengantin lelaki, perempuan dan wali sahaja dibenarkan untuk hadir. Jurugambar juag tidak dibenarkan sama sekali.

Menurut JAIS juga, pasangan pengantin serta wali wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam dari waktu perlaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada Pendaftar sebelum majlis dijalankan.

Bagi mendapatkan maklumat terkini anda boleh ke laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor dan website JAIS.

Sumber: JAIS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×