Nur

Checklist & Prosedur Nikah PKP (Untuk Bakal Pengantin Lelaki / Perempuan)

244.7K
SHARES
Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah

PROSEDUR NIKAH PKP UNTUK BAKAL PENGANTIN

Perkahwinan adalah sangat dituntut dan merupakan satu bentuk ibadah bagi umat Islam.

Melalui perkahwinanlah rezeki dapat diperluaskan dan merupakan peluang untuk seseorang berbuat lebih banyak pahala.

Sebagai seorang Muslim, bakal pengantin perlu membuat persiapan yang lengkap untuk mengadakan majlis nikah.

Disebabkan negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bakal pengantin juga perlu menyemak prosedur dan SOP yang berkaitan dengan upacara perkahwinan.

Jom semak prosedur dan checklist untuk menyempurnakan hari bahagia anda!

1. Sijil Kursus Praperkahwinan

Bakal pengantin perlulah memiliki sijil kursus kahwin terlebih dahulu. Jika masih belum ada, anda dan bakal suami/isteri bolehlah hadiri kursus kahwin.

Buat masa sekarang, kursus kahwin hanya dijalankan secara ‘online’.

Bagi pasangan yang berasal dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Selangor anda boleh layari laman sesawang ini untuk mendaftar kursus kahwin :

http://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home

Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada laman web Jabatan Agama negeri masing-masing:

Sarawak – Khidmat Islam Sarawak (KISWA) : https://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/?menu_id=2&service_id=1

Kelantan – Permohonan Kursus Kahwin boleh dibuat di mana-mana Pejabat Agama Jajahan & UTC berdekatan . Muat turun borang di pautan ini :
https://www.kelantan.gov.my/index.php/mediasuk/muat-turun/borang/233-borang-kursus-kahwin/file

Terengganu – e-munakahat :
http://emunakahat.terengganu.gov.my/files//KursusMBKPI.pdf

Johorhttps://jainj.johor.gov.my/e-dakwah/undang-undang/6.1.1.1-KURSUS%20PRA%20PERKAHWINAN%20ISLAM.pdf

Sabah – Berdasarkan SOP yang dikemukakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), urusan kursus pra-perkahwinan ditangguh sewaktu tempoh PKP. Boleh semak maklumat lengkap di laman  : https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/orang-awam/perkahwinan

Pulau Pinang

Menurut laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kursus praperkahwinan akan digantikan dengan temuduga khas bagi bakal pengantin yang berasal dari negeri ini sepanjang tempoh PKP. Boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan ini :
http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=kursuspra#tab_pengumuman

Pahanghttps://prakahwin.pahang.gov.my/

2. Dokumen yang Diperlukan

Pastikan anda memiliki dokumen lengkap seperti di bawah bagi mendaftar pernikahan :

  • 1. Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
  • 2. Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang)
  • 3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan
  • 4. Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • 5. Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
  • 6. Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
  • 7. Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan)
  • 8. Sijil Nikah Ibu Bapa dan Salinan (Bagi perempuan)
  • 9. Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa)
  • 10. Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda)
  • 11. Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf)
  • 12. Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf)
  • 13. Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda berhias/bawah umur)
  • 14. Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera)
  • 15. Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja)

Dokumen tambahan mungkin diperlukan jika anda berkahwin di negeri bukan negeri kelahiran, warga asing, atau pemastautin tetap.

Anda boleh rujuk pada Pejabat Agama Negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

3. Borang Ujian Saringan HIV :

Untuk menjalani ujian saringan HIV, bakal pengantin perlulah mengisi borang di bawah dan lakukan ujian saringan di klinik kesihatan berdekatan. Ujian perlulah dilakukan 6 bulan sebelum hari pernikahan :

http://jknselangor.moh.gov.my/images/2020/borang/saringanhiv.pdf

 

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai ujian saringan HIV ini di Pejabat Agama Islam negeri masing-masing atau klinik kesihatan terdekat anda.

4. Semak SOP Terkini Mengenai Upacara Pernikahan & Kenduri Kahwin bagi Tempoh PKP

Berdasarkan SOP yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara, majlis nikah hanya boleh dibuat di Pejabat Agama Negeri masing-masing.

Majlis kenduri perkahwinan juga tidak dibenarkan buat masa ini.

Boleh semak senarai SOP melalui pautan di bawah :

https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/SOP-AM-PKP-Seluruh-Negara-Kemaskini-2-Jun-2021.pdf

 

Nota : Senarai aktiviti dan protokol tertakluk kepada kemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara dari masa ke semasa.

Orang kata, siapa yang berkahwin dalam tempoh PKP boleh banyak berjimat kerana tidak boleh adakan kenduri kahwin atau undang tetamu.

Dengan adanya checklist, barulah anda boleh merancang persiapan dengan lebih mudah.

Bagi memastikan persiapan serba lengkap, sediakan dokumen serta borang segera, jangan pula tunggu ‘last minute’ untuk elak situasi kelam kabut dengan pasangan nanti.

Apapun, semoga urusan anda dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×