Inspirasi

Pasangan Ini Beli Baju Kahwin Di Shopee, Bajet Hangus Majlis Perkahwinan Hanya RM6k Tapi Meriah

164
SHARES

Siapa yang tidak mahu mendirikan rumahtangga bukan? Namun, tidak semua mempunyai perjalanan yang mudah bagi mendirikan masjid ini. Ada yang tertangguh gara-gara masalah keluarga dan ada juga kerana bajet yang terhad.

Namun, kisah pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis secara sederhana dan hanya menggunakan bajet bawah dari RM 6 ribu sahaja! Hal ini kerana bagi mereka apa yang penting adalah kehidupan selepas berumahtangga. Semoga perkongsian daripada Nurin Amira ini memberi manfat kepada anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

BAJET KAWIN 6K TAPI SEMPURNA

Nak share sikit tentang perbelanjaan perkahwinan saya pada 17.3.21. Semoga dapat membantu pasangan yang otw mendirikan rumah tangga.

Saya awal-awal ada roger kat family, tak mau hantaran macam biasa tu, buah la kek la manisan, so bila buat macam ni, ringan la sikit beban selepas kahwin. Tinggal masuk rumah susun barang.

Perkawinan tu mudah. Orang kite je yang buat susah. Ingat ni! Kite berbelanja 1000k sekali pun, orang tetap akan bercakap. So, biarlah. Kite yang kumpul duit, so biar kite yang decide hidup kite. Jadi, kat sini saya kongsikan perbelanjaan saya. Semoga dapat membantu korang tau!

PELAMIN

-Rm 280 + free bunga tangan

-FB:Pelamin Murah JB

-Datang ontime, sangat memahami. Senang berurusan.

MAKEUP

-RM 300

-Fb:Nurul Najah

-Pukul 6 pagi dia kata datang, 6 pagi tepat dia mai. Makeup sangat onpoint. Dari nikah sampai ke petang makeup tahan. Cantik sangat.

HENNA

-RM 165

-Tangan jari dan kaki (cas transport)

Catering

-RM 2320

KEK

RM 97

Fb :Cik Dyla: Pembuat kek yang sangat memahami customer. Terima kasih tau! Kek dia sedap gila weh.

Kad kahwin + Bunting + sticker

-Buat sndiri

-Berminat bole dm sy ya

-Jimat murah dan ringkas

CINCIN SUAMI

-Kedai emas Kulai: RM 250

HANTARAN

DARSON KULAI

1. DAPUR GAS : RM 79

2. HEATER : RM 69

3 BLENDER : RM 68

4. SPEAKER + MIC : RM 87

5. IRON : RM 50

COWBOY KULAI

6. SET PENGUKUS : RM 67 DIY IOI KULAI

7. TEKO + PENAPIS MINYAK :RM 30

MYDIN KULAI

8. SET PINGAN : RM 50

Katanya semasa dihubungi sebentar tadi, hantarannya memang berlainan dengan hantaran pasangan pengantin yang lain. Ini untuk meringgankan beban mereka selepas nikah nanti.

PAKAIAN DARI SHOPPE

BAJU PEREMPUAN

NIKAH : RM 134
SANDING: RM 130

BAJU LELAKI

NIKAH RM 89
SANDING RM 70
SAMPIN RM 55

TUDUNG

NIKAH RM 7
SANDING RM 7

CROWN + RANTAI : RM 24

BROOCH BAJU MELAYU : RM 16

KASUT CONVERSE

RM 50 dua pasang

HOMESTAY RM 650

JALAN MERBAU BANDAR PUTRA KULAI
3 hari 2 malam
4 bilik
DOORGIFT

150 pax
RM 250
Bunga telur
Sapu tangan
Kotak
Air mineral
TELUR PINDANG

Ala ala orang johor kan
RM 240 ( 200 bijik )

KUIH MUIH + PULUT
RM 240

TEMPAT BUNGA PAHAR
RM 30

PA SYSTEM
Ingat tak saya ada beli speaker dengan mic? Haha download lagu kompang, lagu kahwin. So settel. Jimat kan? Hahahah

Total RM 5864.

Alhamdullilah. 6k sahaja digunakan untuk majlis yang simple tapi sangat sempurna. Bagi pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di luar sana, suka kami ingatkan agar sentiasa bijak dalam berbelanja dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.

Sumber: Nurin Amira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×