Famili

Terfikir Nak Tambah Koleksi Rose Gold? Ini Produk Yang Buat Ruang Dapur Anda Tampak Anggun & Mewah!

289
SHARES

Memandangkan kita semua perlu berada di rumah dalam keadaan sekarang, perkara yang perlu diberi perhatian sudah tentunya air yang kita minum sepanjang masa kan? Air yang bersih dan berkualiti perlu dititikberatkan agar kita dapat membudayakan gaya hidup sihat.

Kalini, SK magic telah menampilkan penulen air tanpa tangki mereka yang berteknologi tinggi dengan reka bentuk dan warna merah keemasan yang sungguh cantik dan menarik.

Wah! Jom tengok apa lagi kelebihan lain tentang JIKSOO Hyper Rose Gold terbaru ini.

Mempunyai teknologi yang canggih & menarik!

Cakap mengenai produk dari SK magic ni, mesti tak lari dari teknologinya yang canggih kan? Orang kata, kalau ada satu dekat rumah, memang amat berbaloi.

Bukan sahaja disebabkan reka bentuknya yang minimalis, kompak dan estetik, malah ia menjaminkan air bersih yang penuh mineral penting untuk keperluan tubuh badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Penulen air ini juga menggunakan saluran air berkeluli yang kalis karat berbanding dengan tangki plastik biasa. Dengan teknologi tanpa tangkinya juga, JIKSOO Hyper Rose Gold ini mampu menjimatkan elektrik dan penggunaan air. Ini adalah disebabkan:

  • Dapat menjimatkan elektrik dengan menggunakan kadar penggunaan minimum 530Wh sahaja setiap hari & harganya hanya sehingga 12 sen sehari dan RM3.73 setiap bulan untuk bil elektrik.
  • Ciri tanpa tangkinya dapat mengelakkan air bertakung dimana ia akan mengundang kepada pembiakan bakteria. Air yang ditulenkan akan terus menghasilkan air yang bersih, dan penuh mineral dengan sekelip mata.

Selain itu, JIKSOO Hyper Rose Gold ini didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta mempunyai 99.9% sistem pensterilan UV untuk memberi anda air yang bebas daripada bakteria, virus, alga dan mikroorganisma lain. 

Hadir dalam 7 jenis suhu air

Lebih menarik, penulen air JIKSOO Hyper Rose Gold ini hadir dengan 7 tahap suhu air. Jadi, ia membolehkan anda untuk pilih tahap suhu air mengikut keperluan dan kesesuaian ketika hendak menggunakannya.

Antara tahap suhu air yang terdapat dalam produk ini adalah:

  • Air panas 90 ° C – sesuai untuk anda menyediakan secawan kopi
  • Air suam 70 ° C – sesuai bagi penyerapan teh 
  • Air suam pada suhu 45 ° C
  • Air suam 50 ° C atau 55 ° C yang optimum untuk susu formula bayi
  • Air ambient – sesuai dengan suhu udara semasa
  • Air sejuk

Ha…selepas ini, tak perlulah anda mengambil masa yang banyak untuk menyesuaikan suhu air lagi kan? Lagipun, JIKSOO Hyper Rose Gold mempunyai butang sentuh yang mesra bagi kanak-kanak, dimana apabila diaktifkan, ia hanya akan mengeluarkan air suhu bilik atau sejuk sahaja. 

Minimal kan ruang dapur anda sekarang dengan JIKSOO Hyper Rose Gold yang mewah ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Minimalkan ruang dapur anda dengan JIKSOO Hyper Rose Gold ini. Dengan saiz kompak nya berukuran W170 x D495 x H390mm dan hanya menggunakan sebahagian kecil sahaja ruangan dapur, ia akan kelihatan lebih minimal, anggun dan mewah!

Bukan tu saja, ia juga boleh didapati dengan harga RM4,600, memang sangat berbaloi kan? Untuk menjadikannya lebih mampu milik, JIKSOO Hyper Rose Gold ini juga ditawarkan dalam bentuk sewaan dengan harga pengenalan hanya RM125/bulan.

Selain dapat memberi manfaat buat kesihatan dan persekitaran anda, malah ia juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.

Jadi, bagi yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh terus ke Facebook, InstagramYoutube SK magic atau pun layari laman web mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×