Dapur

‘Terbang’ Ke Uzbekistan Dengan Resepi Nasi Plov, Lain Dari Lain Untuk Berbuka!

19
SHARES
resepi nasi plov

Plov Uzbekistan ini adalah antara makanan popular di bulan Ramadan di negara slavik seperti Russia, Ukraine, Balarus dan sebagainya.

Ia adalah variasi pilaf dan masjid di sana akan menghidangkan plov ini sewaktu berbuka puasa. Resepi Nasi Plov ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama MrsNor Wahid.

Baca juga: Resepi Cheesy Crispy Bun Paling Senang & Ekspres Untuk Moreh

RESEPI NASI PLOV UZBEKISTAN YANG MENARIK DAN SEDAP

Bahan-bahannya:

Nasi Plov

– 1 cawan beras yasmin pusa gold
– 1 labu bawang holland
– 1 batang lobak merah
– 1 camca besar jintan manis dan jintan putih
– ½ camca besar lada hitam
– 1 labu bawang putih
– 1 biji lada merah
– 1 mangkuk daging di potong tidak kecil sangat
– 1 pati kuib ayam
– 1-2 sudu besar kismis
– Aprikot kering (optional)
– Air ikut sukatan beras
– Minyak zaiton utk menumis

Acar

– ½ batang timun di potong dadu
– ½ batang lobak merah di potong dadu
– 1 biji tomato merah di potong dadu
– 1 biji tomato hijau di potong dadu
– 1 labu kecil bawang besar di potong dadu
– 1 tangkai daun ketumbar di potong dadu

Cara penyediaan:

1. Sediakan bahan-bahan. Hiris bawang belanda, lobak merah, gading dipotong kiub. Bawang putih tu belah separuh.

2. Tumis bawang besar sehingga naik bau.

3. Masukkan daging dan goreng sehingga keperangan. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.

4. Dah perang dan bau wang,masukkan jintan dan lada hitam. Kacau lagi kemudian masukkan lobak merah, kismis, aprikot kering, kalau kering tambahkan sikit air agar tidak hangit

5. Masukkan kuib pati ayam, beras dan air.

6. Letakkan bawang putih yg dibelah dua dan tanak seperti biasa. Kalau nak leraikan nasi, kukus nasi.

7. Acar pula lada merah. cili padi, bawang besar, bawang putih, belacan dilumat. Pastu tambahkan cuka, garam gula dan kemudian campur ke dalam bahan dipotong dadu tadi. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook MrsNor Wahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×