Dapur

Tepung Berketul Sebelum Expired, Ini Cara Atasi Dengan Cepat & Mudah

28
SHARES

Tepung sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan lebih-lebih lagi kuih-muih tradisional. Tapi pernah tak tepung jadi berketul-ketul seperti sudah rosak? Teknik yang digunakan orang dulu-dulu adalah dengan menjemurnya dan tak dinafikan prosesnya agak rumit. Jadi, wanita ini kongsi cara untuk rawat tepung yang telah berketul dengan mudah.

PUNCA DARI HUMIDITY YANG TINGGI

“Pernah tak antara kawan-kawan yang alami macam saya. Tepung yang baru dibeli dan dibuka bungkusan melihat tepung seakan bergentel dan berat. Bila dilihat pada bungkusan usia tepung masih baik dan belum expired. Sebenarnya tepung juga ada lembapan. Gentelan tu terjadi kerana Malaysia ni humidity yang tinggi memberi kesan even bungkusan tepung masih belum pernah dibuka atau digunakan. Sebenarnya tepung itu tak rosak.Orang dulu-dulu mereka menjemur tepung. Agar tepung sentiasa dalam keadaan baik. Tapi hari ini budaya menjemur tepung tidak lagi diamalkan kerana ia agak rumit dan remeh. Ni akak nak share macam mana selalu akak rawat jika dapat tepung yang macam tu.”

MASUKKAN DALAM OVEN SELAMA 10 MINIT

1.Pertama keluarkan tepung dan letakkan di dalam dulang pembakar atau loyang.

2.Mengeringkan tepung dengan kaedah memasukkan ke dalam oven dengan suhu yang paling rendah selama 10 minit.

3.Ulang proses kedua sebanyak 2 atau 3 kali mengikut kondisi tepung. Bagi mengenali tepung yang sudah okay diaduk dengan sudu atau senduk dan dapat merasakan tepung akan menjadi lebih ringan.

4.Keluarkan tepung yang sudah kering, ayak supaya mendapatkan tepung yang licin dan tidak bergentel lagi.

BOLEH SIMPAN KE DALAM BEKAS

5.pastikan suhu tepung yang siap di ayak atau di tapis benar-benar suhu bilik sebelum di simpan.

6.Setelah tepung benar-benar sejuk / suhu bilik bolehlah disimpan ke dalam storage container untuk kegunaan seterusnya.

Siap. Semoga tips Ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Norulrafidah Omar

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×