Percutian

7 Tempat Yang Mesti Dilawati. Seumur Hidup Sekali!

141
reads
7 Tempat Yang Mesti Dilawati. Seumur Hidup Sekali!

Tempat Yang Mesti Dilawati

Kebetulan kita sudah mahu masuk musim cuti sekolah, ramai yang tercari-cari tempat untuk melancong bersama keluarga.

Setelah melakukan kajian tentang tempat-tempat menarik, kali ini kami senaraikan tempat yang mesti dilawati. Paling tidak, sekali seumur hidup!

Lihat senarai kami yang unik ini.

 

1. Socotra Island, Yemen

Foto Kredit: thesuiteworld.com

Foto Kredit: thesuiteworld.com

 

Foto Kredit: bc-ontheroad.blogspot.com

Foto Kredit: bc-ontheroad.blogspot.com

Menjejakkan kaki di sini, terasa bagaikan di planet lain. Macam tempat alien pun ada!

Kepulauan Socotra di Yemen yang dikenali juga sebagai ‘The Roof of Arabia’. Apa yang membuatkan ia sangat menarik ialah flora, fauna dan lanskap yang begitu unik. UNESCO telah mengiktiraf Socotra Island sebagai ‘World Heritage Site’.

 

2. Santorini Island, Greece

Foto Kredit: greecetourism.gr

Foto Kredit: greecetourism.gr

Oia adalah pekan yang paling terkenal di Santorini Island. Rumah-rumah yang cantik berwarna putih dan biru yang melata, sayup kejauhan turun ke laut. Sangat cantik!

 

3. Istanbul, Turki

Foto Kredit: arrivinginhighheels.com

Foto Kredit: arrivinginhighheels.com

Serius, apabila pusing-pusing Istanbul, kita akan kagum dengan keagungan Islam suatu masa dahulu. Jika diselami lebih mendalam, boleh menangis mengenangkan kenapa Islam tidak gah seperti zaman dahulu. Mengikut kata penduduk di sana, jika azan dilaungkan, kita boleh pilih 5 masjid untuk solat kerana ia terletak berdekatan.

Jika ingin pergi umrah di Mekah, boleh pilih umrah Istanbul yang singgah dulu ke Turki sebelum ke Madinah dan Mekah.

 

 

4. Alhambra, Granada, Sepanyol

Foto Kredit: hqworld.net

Foto Kredit: hqworld.net

Satu lagi peninggalan Islam yang perlu kita kagumi. Istana Alhambra yang juga bererti Istana Merah terletak di tengah-tengah bandar Granada iaitu di kawasan tanah tinggi. Ini menjadikan Istana Alhambra sebagai bangunan tertinggi di bandar itu. Jalan masuk ialah jalan tar yang di kiri kanannya air mengalir laju menuruni curam yang memisahkan Alhambra dengan kawasan sekitarnya.

 

5. Samarkand, Uzbekistan

Foto Kredit: wikipedia.com

Foto Kredit: wikipedia.com

Samarkand ialah bandar hubungan Jalan Sutera (Silk Road) pada suatu masa dahulu.  Madrasah dan mosaik di Registan square adalah antara contoh-contoh senibina Islam yang paling indah.

 

6. Budapest, Hungary

Foto Kredit: umsl.edu

Foto Kredit: umsl.edu

Banyak empayar telah memerintah Budapest. Ini membuatkan pertembungan senibina yang sangat cantik di sana. Boleh tonton video pengalaman kembara ke Eropah Timur oleh Moji. Pasti akan rasa keindahannya!

 

7. Cape Town, Afrika Selatan

Foto Kredit: kidsindustries.com

Foto Kredit: kidsindustries.com

Berlatarbelakangkan Table Mountain, cukup indah sekali bila berada di bandar ini. Jangan sangka bila terletak di benua Afrika, negara ini tidak moden!Boleh juga melawat stadium yang digunakan semasa World Cup 2010 yang lalu. Kombinasi moden dan alam semulajadi yang indah, segala-galanya ada di sini.

 

Bagaimana dengan percutian idaman anda? Apa yang penting, rancang betul-betul dengan melihat tarikh cuti sekolah 2015. Tidak mampu untuk ke luar negara? Usah bimbang, di Malaysia juga ada banyak tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi!

 

Yang Popular

To Top