Percutian

Ada 1000 Jenis Ikan Air Masin! Lokasi Ini Jadi Tarikan Terbaharu Pelbagai Jenis Ikan Di Port Dickson

7
SHARES
tempat menarik port dickson

Musim cuti sekolah telah tiba dan sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa telah merancang aktiviti bersama anak-anak. Namun, bagi anda yang tidak tahu tempat menarik mana yang nak dikunjung, ada satu lokasi yang tidak jauh dari tengah kota iaitu di Port Dickson yang anda boleh bawa anak-anak bergembira!

Bukan sahaja bergembira, di sini juga anda boleh bawa anak-anak melihat lebih 1000 jenis ikan air masin dan mendedahkan anak-anak dengan pengetahuan baharu. Mesti best!

Baca juga: Ada Plan Nak Ke Genting Skyworld? Ini 8 Tips Supaya Perjalanan Anda Smooth…

1000 JENIS IKAN AIR MASIN!

Tarikan terbaru Aquarium dengan pelbagai jenis ikan dekat Port Dickson, Negeri Sembilan! Masuk adalah percuma! Ini adalah salah satu tempat pelancongan dan menarik di Port Dickson yang tak ramai tahu, sedangkan tempatnya menarik, bersih dan percuma ! Sesuai bawa anak-anak ke sini.

Jadi selepas ini kalau datang ke Port Dickson, jangan lupa melawat Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin berhampiran Telok Kemang. Terdapat kira-kira 1000 jenis hidupan air masin dipamerkan termasuk penyu.

Diulangi, masuk adalah percuma. Waktu operasi 10 pagi – 4.30petang. Jumaat tutup semasa waktu solat Jumaat. Singgah sini, boleh bersantai sambil mengamati keindahan & kecantikan di sekitar kawasan bangunan. Jangan lupa juga untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan ikan/karang/penyu.

Lokasi: Galeri Pusat Ikan Hiasan Marin Port Dickson, Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sumber: Jalan-Jalan Cuti Santai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×