Percutian

Ayah Ini Kongsi Destinasi Menarik & List Makanan Halal Wajib Pergi Di Bangkok

44
SHARES

Dah tiba musim cuti sekolah, bermulalah misi ibu dan ayah mencari ‘port’ melancong yang senang dan tak terlalu jauh supaya memudahkan urusan sepanjang perjalanan itu. Bandar Bangkok merupakan lokasi yang paling sesuai untuk ibu dan ayah membawa anak melancong. Oleh itu, ayah ini telah kongsi tempat-tempat menarik serta restoran makanan halal sepanjang berada di Bangkok.

MELANCONG DI BANGKOK

Ada tak yang sedang merancang untuk melancong di tempat yang tak jauh sangat tapi best? Boleh lah cuba melancong di Bangkok, Thailand. Ni saya bagi beberapa tips menarik untuk anda. Sesuai untuk orang yang nak cari tempat yang “Child Friendly” macam saya ni..

1. LOKASI WAJIB PERGI KALAU BAWAK ANAK.

Kalau ada anak, boleh bawak pegi ke Safari World dan Marine Park.. Kat safari world, boleh masuk dengan kereta je pusing-pusing dalam tu untuk tengok haiwan dalam jarak dekat. Memang best sebab banyak betul haiwan kita boleh tengok. Konfem anak-anak suka. Ada badak sumbu, rimau, singa, ostrich, seladang, rusa, beruang, gorilla (ok ni gurau) dan macam-macam lagi. Setiap jenis haiwan tu banyak ekor pulak tu.. Meriah!

Lepas pusing dengan kereta, driver akan drop off kita kat depan pintu masuk Marine Park dan boleh jalan-jalan kat dalam tu pulak.. Kalau nak senang, bawak stroller siap-siap lah baru tak lenguh anak-anak berjalan. Ada banyak lagi haiwan boleh tengok dalam tu.. Buaya, jerung, burung dan banyak lagi. Yang best, siap boleh feed kat girrafe lagi. Buaya pun banyok benor kat sini. Pasti pengalaman best untuk anak-anak.. Hihi

2. LOKASI MAKAN YANG HALAL DAN SEDAP

Menu wajib yang saya akan cari bila sampai Bangkok adalah Pulut Mangga dan Tomyam. Pulut mangga kat Bangkok ni memang lain macam sedapnya.. Nyum nyumm.. Tomyam pun baru boleh rasa nikmat tomyam sebenar.. Sedap sangattttt. Antara port makan yang best adalah:

1. MBK mall: Ada pulut mangga yg sedap kat Take Away di ground floor.

2.Yana Restaurant: Kat dlm MBK.

3.Master Beef: Steak halal yg murah n sedapp. Kat dlm MBK juga.

4.Restoran The Bung Terrace: Tomyam dan siakap dia sedapp sangatttt…

5.Restoran Sophia: Teh tarik dia memang paduu.

6.Restoran Usman Thai: Senang nak order boleh cakap melayu je. Hehe

7.Restoran Thara Chaolay: Semua menu sedap! Siap ada buffet seafood lagi.. makan tepi Sungai Chao Phraya pulak tu.. memang syokkk habis..

3. LOKASI SHOPPING

MBK Shopping Centre dan Platinum Fashion Mall. Murahhh dan banyak choice! Kalau nak yang high end, boleh shopping kt Siam Paragon. Banyak lagi tempat shopping yang lain..

4. TRANSPORT

Teksi kat sini memang murah. Lebih murah dari Grab. Tapi make sure ambik teksi meter. Ada juga driver teksi tak nak guna meter. So kalau dapat driver macam ni, jerit kuat-kuat “Meter! Meter!”. Kalau dari hotel, boleh minta tolong orang hotel je panggilkan teksi. Kalau kat airport, sangat senang nak dapat teksi.. Berbaris teksi kat luar airport dah ready. Diorang guna meter yg sama jugak. Cuma ada extra charge 50 Baht.

5. AKTIVITI MALAM

Aktiviti mlm yg best kalau ada anak-anak sekali ni boleh ke Asiatique. Kat sini memang meriah dengan kedai-kedai dan permainan untuk kanak-kanak. Lokasi dia pun betul-betul sebelah Sg.Chao Phraya. Boleh tengok cruise lalu lalang. Duduk mengadap sungai sambil makan aiskrim, dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. Fuhh nikmat betul..

Total hari yang sesuai kalau nak datang Bangkok, 3 hari 3 malam pun dah ‘nice’ dah.. Pilih lokasi hotel dan lokasi tempat menarik yang berdekatan dengan bandar Bangkok pun dah cukup dah. Kalau tak, memang jem jalan nak ke tempat yang jauh-jauh. Kalau hotel, pilih je Hotel Al-Meroz. Murah, Halal dan dekat dengan airport. Semoga bermanfaat.

Yang suka travel,

Hafizi Zain

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×