Cantik

Teknik Mudah Untuk Kekalkan Bau Semerbak Bila Pakai Minyak Wangi

13
SHARES
cara buat perfume tahan lama

Ramai yang suka pakai minyak wangi bagi menyerlahkan penampilan, meningkatkan keyakinan diri supaya diri dan orang sekeliling senang dengan kita. Namun, pernah tak rasa dah beli minyak wangi mahal-mahal tapi ketahanan bau tidaklah sampai ke tahap maksimum. Tidakkah rugi sahaja beli minyak wangi mahal-mahal itu?

Jadi ikuti tips dari pengguna TikTok @jusderose supaya bau minyak wangi tetap bau wangi dari pagi hingga petang. Tipsnya pun sangatlah mudah dan senang untuk dapat di kedai berhampiran mahupun anda sudah memilikinya. Video ini juga telah mendapat sebanyak 199.1K dan semestinya tipsnya amat menjadi!

Baca juga: Cara Beri Kritikan Kepada Pasangan Tanpa Menyinggung Perasaan, Baru Tak Gaduh!

TIPS MUDAH UNTUK MENGEKALKAN BAU MINYAK WANGI AGAR KEKAL LAMA

cara buat perfume tahan lama

Berikut adalah tip yang boleh anda jadikan panduan agar minyak wangi tahan lebih lama, sekaligus boleh menjimatkan wang supaya tidak perlu selalu membeli pewangi yang baru.

1. Menggunakan losyen tanpa bau pada badan yang nak disembur minyak wangi.

Best hand lotion | WFLAPemakaian bersama losyen tanpa bau akan memberikan kesan maksimum dengan ketahanan yang lama. Jika kulit kita lembap, barulah sesuai untuk kita sembur perfume. Molekul minyak wangi akan bind bersama keadaan yang lembap dengan lebih baik berbanding dengan kulit kering. Pastikan juga losyen ini adalah tidak berbau supaya bau perfume akan lebih menyerlah.

2. Jangan gunakan petroleum jelly.

6 uses and benefits of petroleum jellyMesti ramai yang ingat kena guna petroleum jelly kan? Namun, bukanlah petroleum jelly yang kita kena gunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana petroleum jelly mempunyai bau gas. Oleh itu, Jus De Rose tidak menggalakkan menggunakan pelembap tersebut.

Akan tetapi, jangan lupa juga untuk mandi ya! Kalau tak mandi tapi letak perfume tak guna juga kerana baunya tidak akan kekal lama ataupun nanti akan jadi bau masam.

Video penuh:

@jusderose

Thank me later 😉 #perfumetiktok #perfumetok #fragrances #perfumetips

♬ Love You So – The King Khan & BBQ Show

Sumber: TikTok @jusderose

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×