Tahukah anda teknik memasak sayur sebenar boleh mempengaruhi khasiat sayur tersebut? Ini bermakna anda perlu memastikan teknik memasak sayur betul supaya tidak mengurangkan khasiat sayur tersebut seperti yang diulas oleh Dr Suri Roowi di bawah.
Menurut beliau, enam teknik memasak sayur di bawah perlu dititikberatkan agar sayur-sayuran yang dimasak kekal berkhasiat dan memberi manfaat kepada tubuh badan.
Baca juga: Nasi Beras Perang Bertindak Sebagai Anti Kanser, Ini Yang Anda Kena Buat
TEKNIK MEMASAK BOLEH PENGARUHI KHASIAT SAYUR, INI CARA BETUL
Teknik memasak sangat mempengaruhi khasiat sayur-sayuran. Antaranya adalah:
1. TUMIS
Kajian menunjukkan bahan khasiat antioksidan tinggal 16% dengan menumis sayur jenis daun. Kaedah ini juga kurangkan bahan khasiat dalam peria katak sehingga 50%.
2. REBUS
Bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran akan berkurang sehingga 20% dengan cara merebus.
3. GUNA MIKROWAVE
Kaedah ini akan kurangkan bahan khasiat antioksidan paling ketara. Contohnya bahan khasiat hanya tinggal 3% selepas dimikrowave.
4. PERIUK TEKANAN TINGGI
Sayur yang dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi akan kurangkan bahan khasiat antioksidan sehingga 50%.
5. KUKUS
Kaedah ini adalah yang TERBAIK dimana bahan khasiat antioksidan dalam sayur-sayuran masih tinggi (90%).
6. CELUR
Hanya celur selama 1-3 minit pada suhu 98°C) – bahan khasiat antioksidan masih tinggi dan kaedah ini dapat kurangkan oksalat. (Oksalat berlebihan boleh sebabkan batu karang).
Jadi, pilihlah teknik masak sayur-sayuran yang terbaik untuk kesihatan anda.
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi