Famili

Tangan Anak Tercucuk Sikat, Berderau Darah Ibu Tengok!

100
SHARES

Seperti yang kita tahu, dalam proses membesarkan anak pasti ada sahaja dugaan dan cabaran yang terjadi. Tambah pula, jika mempunyai anak-anak yang jarak umur tidak jauh beza. Pasti ada sahaja idea mereka dan sering berebut atau bergaduh.

Situasi ini sama seperti perkongsian ibu yang terkejut melihat tangan anaknya tercucuk sikat akibat berebut dengan adik. Allahu. Kita tengok pun sakit…

Baca juga: [VIDEO] “Allah, Seriau Tengok…”- Abang Tergunting Jari Adik, Mujur Tak Serius!

TANGAN ANAK TERCUCUK SIKAT, BERDERAU DARAH IBU TENGOK!

Jelas ibu yang dikenali Rabiah Senik, pada 25/12/2021 selepas solat jumaat, kedua-dua anaknya sedang berebut sikat. Malangnya, tidak disangka-sangka perebutan itu sehingga menyebabkan tangan salah seorang daripada mereka tercucuk sikat.

Mereka sekeluarga bergeges ke hospital untuk rawatan segera.

Setibanya di ruang kecemasan, petugas kesihatan membalut tangan anak lelakinya supaya tidak bergerak terlalu banyak.

Dia dimasukkan ke dalam wad dan lebihan sikat sudah dipotong.

Keesokkan harinya, dia dibawa ke dewan bedah untuk membuang lebihan sikat yang tercucuk itu.

Selepas lebih dua jam di dalam dewan bedah, lebihan sikat berjaya dikeluarkan.

Selepas empat hari di dalam wad, anak kecil itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Ini lah rupa dan jahitan yang dia dapat. Sekarang tengah jaga luka belum cantum elok lagi.Setiap mereka diberikan hadiah contorl car dan bermain bersama adik beradik lain.

Proses membesarkan anak-anak pasti diuji. Thank you Allah atas nikmat ujian.

Sumber: Facebook Rabiah Senik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×