Sihat

Seramai 64,046 Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19 Dalam Tempoh Setahun

43
SHARES

Nampaknya perkembangan kes Covid-19 semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan. Bukan sahaja merisaukan untuk warga emas, malah jangkitan kes dalam kalangan kanak-kanak juga turut merisaukan. Terbaharu dalam satu laporan akhbar melaporkan bahawa lebih 60 ribu kanak-kanak dijangkiti wabak ini dalam tempoh setahun!

64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19

kanak-kanak covid

Seramai 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dalam tempoh setahun lalu selain turut mengorbankan lapan petugas kesihatan termasuk dua doktor pakar. Jika itu masih tidak menakutkan masyarakat, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi amaran bahawa gelombang ketiga yang sedang berlaku ketika ini lebih ganas dan kritikal.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Dr. Adham berkata, golongan kanak-kanak tidak terkecuali kerana mereka merupakan golongan yang mudah terdedah.

Bukan itu sahaja, beberapa dozen kanak-kanak di Eropah dan Amerika Syarikat didapati mengalami sakit perut dan ruam, selain gejala normal COVID-19 seperti demam.

Menurut ulasan dari kampus kesihatan USM, kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai jangkitan COVID-19 berasal daripada kluster keluarga yang sama sebagaimana penyakit epidemik terdahulu iaitu SARS-CoV. Kanak-kanak berkemungkinan tidak mempunyai gejala atau tidak akan mendapat gejala yang teruk sebagaimana jangkitan COVID-19 pada orang dewasa.

Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibubapa;

1.Memilih penjaga atau pengasuh secara teliti serta mengehadkan hubungan dengan orang yang berisiko

2.Membasuh tangan secara kerap dan menjarakkan diri dengan orang yang sakit

3.Sekiranya terdapat masalah pernafasan, wajah bertukar menjadi pucat atau kebiruan, maka hendaklah berjumpa dengan doktor.

4.Elak menggunakan ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau menggunakan nebuliser

5.Pastikan penghidratan berada pada tahap optimum dan kesakitan dirawat dengan sebaiknya

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×