Terapi

9 Tanda Seseorang Berbohong Melalui ‘Chat’ (Mesej Teks Di Telefon)

75
SHARES

Tahukah anda, walaupun kita tak dapat nampak muka seseorang melalui mesej teks, biasanya ada tanda seseorang berbohong melalui cara chat yang boleh kita kenalpasti.

Satu kajian mendapati seseorang boleh menipu sekerap 11 kali seminggu.

Ada juga kajian lain yang mendapati 60% orang akan menipu dalam perbualan sependek 10 minit.

Menipu melalui telefon bimbit juga lebih senang berbanding secara bersemuka manakala waktu paling jarang kita menipu ialah ketika kita membalas e-mail, dan itulah medium komunikasi kita yang paling jujur.

Jadi macam mana nak tahu seseorang tu tengah tipu kita melalui mesej?

Jom semak 9 tanda seseorang berbohong dan teknik yang selalu digunakan untuk menipu semasa ‘texting’.

Tanda seseorang berbohong

9 Tanda Seseorang Berbohong Melalui ‘Chat’ / Mesej Teks

1. Tukar Topik Perbualan

Seorang pembohong biasanya akan menukar topik ketika berbual.

Bila kita cuba tangkap dia menipu, dia pula yang emosi kononnya kita menyindir dia.

Kelakuan ini dinamakan ‘external distraction’ di mana si pelaku cuba untuk mengalihkan perhatian agar dia dapat lari dari penipuan yang telah dilakukan.

Dia juga akan cuba elak soalan yang berkaitan supaya tak tertangkap.

2. Memberi Jawapan Yang Diselit Dengan Pujian

Pujian ialah teknik manipulasi yang ramai orang praktikkan tak kiralah di tempat kerja atau dalam kehidupan peribadi masing-masing.

Teknik ini digunakan supaya si pembohong dapat kuasa untuk mengawal perbualan dan mengarahkannya sesuka hati.

Biasanya teknik ini memang berkesan kerana memang lumrah manusia yang suka dipuji.

Si pembohong juga pasti cukup mengenali diri kita sehingga boleh melihat kelemahan kita sebagai peluang untuk dia lari dari kesalahan.

3. Menjawab Secara Samar dan Tak Jelas

Bila seseorang itu berani bercakap benar, dia cepat ingat kembali aktivitinya dan boleh ceritakan semula dengan lancar.

Bagi seorang pembohong pula, biasanya dia akan berikan jawapan yang tak jelas dan pendam fakta sebenar.

Dia juga tak akan berikan jawapan tertentu yang membolehkan dia tertangkap akibat menipu.

Untuk membuat dia rasa tak bersalah, dia akan bercerita sekerat-sekerat kerana dia percaya dengan cara ini dia tak menipu kita sepenuhnya, tapi dia hanya menceritakan separuh daripada fakta sebenar.

4. Pembohong Mengaku Sebagai Orang Yang Jujur

Sebagai usaha untuk menipu kita, si pembohong akan menekankan kenyataan yang dia orang yang jujur secara berlebihan.

Ayat yang bermula dengan “sebenarnya”, “percayalah” akan banyak digunakan untuk menunjukkan “kejujuran” dia.

Sedangkan, jika seseorang itu bercakap benar, dia tak perlu terus yakinkan diri kita berkali-kali yang dia sedang bercakap benar.

5. Pembohong Akan Mereka Cerita Yang Terlalu Kompleks dan Terperinci

Seseorang yang pro dalam berbohong sahaja boleh gunakan teknik ini.

Dia berbakat untuk bercerita dengan penuh yakin, isi ceritanya pula lebih rumit dan dramatik. ‘Detail-detail’ kecil dalam ceritanyalah yang membuatkan kita mudah percaya.

Si pembohong pun kadang-kadang boleh terjerumus dalam cerita rekaan sendiri.

Ini membuatkan kita susah untuk menangkapnya sebab dia pun tak sedar yang dia sedang menipu.

6. Reka Cerita Sampai Kita Susah Nak Faham

Bila bab temberang, ada yang pro, ada yang lemah. Bila seseorang cuba untuk reka cerita, dia akan tersasul dalam perbualan.

Itulah jadinya bila minda kita asyik sibuk berfikir untuk putar belit cerita sampai kadang-kadang kita pun tak sedar apa yang kita cakap masuk akal ke tak.

Kalau banyak kali dia buat macam ini dalam perbualan, kemungkinan besar dia sedang menipu.

7. Cuba Untuk Tamatkan Perbualan Secepat Mungkin

Si pembohong akan cuba tamatkan perbualan secepat mungkin bila diserang dengan soalan cepumas.

Jawapan yang diberikan biasanya pendek dan tak jelas, tiba-tiba dia ada hal lain pula lepas tu sampai tak boleh sambung perbualan.

Perbualan akan tergantung dan kita akan dibiarkan terpinga-pinga.

Cara terbaik untuk tangani perkara ini ialah dengan bersemuka terus dengannya supaya kita dapat lihat sendiri reaksi dia.

8. Tak Guna Kata Ganti Nama Diri Seperti Biasa Dalam ‘Text’

Kadang-kadang si pembohong sendiri tak boleh bertanggungjawab atas tindakan sendiri. Sebab itulah dia akan elakkan untuk guna kata ganti nama diri dan kenyataan yang diberikan juga tidak diarahkan kepada dirinya sendiri.

Contohnya, bila di tempat kerja bila pasangan kita sering gunakan ganti nama “kita” berbanding “saya”.

Kemungkinan ketika itu pasangan kita cuba mengelak daripada menjawab sesuatu yang dia takut nak beritahu.

Dengan cara ini, secara tak langsung dia akan membuat kita pula rasa bertanggungjawab atas sesuatu yang kita tak boleh kawal.

9. Pembohong Tiba-Tiba Menunjukkan Empati

Berempati satu perkara yang baik, namun bila tiba-tiba seseorang menunjukkan empati tak kena dengan tempat, pasti ada sesuatu yang tak kena.

Teknik ini digunakan bila dia faham perasaan kita ketika itu dan cuba manipulasi situasi dengan rasa empati yang dibuat-buat.

Bila seseorang itu menipu, dia akan cuba untuk menunjukkan rasa empati dan pada masa yang sama akan mengelak dari soalan yang kita tanyakan.

Perasaan empati ini bertujuan untuk mempengaruhi kita dan mengalihkan perhatian kita daripada bertanya soalan asal.

Tanda seseorang berbohong

Berhati-hati Jika Ada Tanda Seseorang Berbohong

Seseorang boleh berubah menjadi identiti seseorang yang ‘lain’ hanya melalui mesej teks atau ‘chatting’.

Maka, berhati-hatilah apabila kita kerap bermesej dengan seseorang, terutamanya terhadap individu yang ‘sweet talker’.

Cuba semak balik ‘text’ kita.

Ada tak tanda-tanda yang si dia sedang menipu kita?

Kalau perbualan dia tak selancar dulu atau rasa macam ‘smooth’ sangat dan susah nak percaya kata-kata dia, eloklah bersemuka secepat mungkin sebelum dia tipu kita lagi.

Sumber:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×