40 Minggu

Doktor Jelas Mitos Tanda Lahir Pada Bayi, Bukan Kena Ludah Dengan Jin!

53
SHARES

“Tanda gelap ni nampak macam lebam pun ada. Tapi, rasanya tak bahayalah sebab rasanya semua baby ada tanda macam ni kan?”

Ibu dan ayah mesti pernah terlihat tompokan berwarna gelap kebiruan dan kehijauan – terutamanya pada bahagian punggung bayi, bukan? Tompokan ini sebenarnya digelar ‘Mongolian Spot’, iaitu sejenis pigmentasi kulit yang biasa dijumpai pada bayi berbangsa Asia, termasuklah Malaysia. Namun, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai tompokan ini kerana dikatakan membawa maksud yang tidak elok.

Betul ke? Ini jawapan dari pakar untuk ‘hapuskan’ segala mitos mengenai tanda lahir.

MITOS MONGOLIAN SPOTS

Pernah nampak kulit baby baru lahir ada tompokan / tanda lahir ( birthmark) warna biru kehijauan? Tompokan ini banyak menimbulkan mitos dalam masyarakat kita, hingga ke hari ini. Ada yang kata:

-kulit baby kotor sebab baby dah berak kat dalam rahim sebelum lahir

-tompok kena ludah dengan jin !

-kenan / mak baby tu minat sangat kat Incredible Hulk masa ngandung

– baby kena dera / terjatuh masa dilahirkan, so ada kesan lebam !

Well….kita rungkai kan mitos ni. Kesan tompokan biru / kehijauan yang biasa terjadi pada kulit baby baru lahir tu namanya MONGOLIAN SPOTS.

APA ITU MONGOLIAN SPOTS?

Mongolian spots ni paling biasa ditemui pada baby yang kulitnya agak gelap.( dark skinned babies). Tompokan ini wujud kerana wujudnya sel sel Melanocytes di lapisan Dermis kulit ( Lihat gambar).

Anatomi: — Kulit manusia lapisan paling atas ialah Epidermis. Dalam keadaan biasa, sel Melanocytes ini terletak di lapisan epidermis. Fungsi sel ini ialah hasilkan pigment melanin, yang mana melanin akan beri warna kulit.

Semasa proses tumbesaran baby dalam rahim, ada antara sel Melanocytes ini yang tak sampai bergerak ke lapisan Epidermis. Ia terperangkap di lapisan dermis. Sel ini hasilkan melanin di lapisan dermis ( proses dipanggil Dermal Melanocytosis), yang akan menghasilkan tompokan Mongolian spots ini.

TAK PERLU RAWATAN, AKAN HILANG SENDIRI

Mongolian spots boleh bersaiz kecil, atau ada yang tompokan besar. Warnanya biru kehijauan, ianya rata / flat ( tidak timbul). Ianya tak sakit bila ditekan ( ada yang salah anggap ianya kesan lebam sebab jatuh / kena dera ).

Mongolian spots selalu ditemui di kawasan belakang badan baby baru lahir, dan juga di kawasan sekitar punggung. Ianya tak merbahaya, tak menjangkit, tak ada kaitan dengan sebarang penyakit lain. Ianya tak perlu rawatan, tak payah di sapu apa apa krim. Biarkan aja.

Mongolian spots akan hilang sendiri apabila baby membesar masuk umur 4- 6 tahun. Tompokan yang besar mungkin ambil masa lebih lama untuk hilang.

Sumber : Khairul Faizie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×