Sihat

6 Tanda Awal Diabetes Pada Kanak-kanak Yang Parents Kena Alert

267
SHARES

Tahukah ibu ayah, anak-anak kecil juga boleh menghidap diabetes atau kencing manis.

Namun berlainan dengan orang dewasa, Diabetes Type 1 merupakan jenis diabetes yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Bahkan kanak-kanak yang menghidap diabetes ini tak semestinya mereka yang selalu makan makanan manis atau mempunyai berat badan berlebihan.

Jom ketahui serba sedikit tentang masalah kencing manis, terutamanya Diabetes Type 1 yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja ini.

Apakah Diabetes?

Seperti yang kita tahu, diabetes adalah kondisi di mana paras gula dalam darah seseorang lebih tinggi daripada normal.

Umumnya terdapat dua jenis utama diabetes iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2.

Diabetes Type 1 

  • “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Diabetes Type 2 

  • “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Punca Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Dr Sharafina menerusi DoktorBudak.com, Diabetes Type 1 terjadi apabila sistem imuniti badan seseorang menyerang dan memusnahkan sel-sel pankreas mereka sendiri.

Ini akan menyebabkan penghasilan hormon insulin terganggu. Proses ini juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai proses ‘autoimmune’.

Menurut beliau, punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini berlaku masih belum dikenal pasti dengan jelas dan masih diselidiki oleh pakar. Antara faktor-faktor yang cuba dikaitkan dengan proses ini adalah faktor genetik dan persekitaran.

Sebaliknya, punca Diabetes Type 2 pula lebih terkait dengan obesiti selain turut berpunca daripada faktor genetik.

Ini bermaksud, sekiranya ibu bapa menghidap diabetes jenis ini, anak-anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.

Tanda diabetes kanak kanak

6 Tanda Kencing Manis Pada Kanak-kanak

Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut.

1. Kerap Kencing

Oleh kerana kadar gula darah dalam tubuh anak meningkat, tubuh mereka akan meresponnya dengan cara menghilangkan lebihan glukosa melalui ginjal.

Ini membuatkan anak makin kerap buang air kecil dalam jumlah banyak.

Tanda anak bersedia potty train

2. Cepat Haus

Oleh kerana banyak cecair yang dikeluarkan dari tubuh, anak akan berasa cepat haus.

Minum dalam jumlah banyak dapat membantu anak dengan diabetes untuk menjaga kadar air dalam tubuhnya.

Foto Kredit: thefitbay.com

3. Selalu Lapar

Apabila tubuh anak tidak menghasilkan insulin yang cukup, maka glukosa atau gula dari makanan yang masuk ke tubuh anak tidak mampu diserap oleh tubuh secara efisyen.

Ini menjadikan anak lebih cepat berasa lapar.

http://www.ahchealthenews.com/

4. Sentiasa Kelihatan Letih

Tubuh yang tidak dapat menyerap glukosa juga menjadikan sel-sel dalam tubuh anak seperti sel di otot akan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti dan menjadi punca anak kelihatan letih dan lesu.

http://www.kidshealthnaturally.com.au/

5. Kehilangan berat badan

Jika berat badan anak tetap menurun walaupun telah makan lebih banyak, ia adalah tanda amaran yang ibu ayah perlu alert. 

Apabila tubuh anak tidak dapat menyerap gula dalam dara, jaringan otot dan lemak menyusut sehingga terjadi penurunan berat badan. Buat pengetahuan ibu ayah, penurunan berat badan biasanya menjadi tanda pertama anak mempunyai diabetes Type 1.

Tanda kencing manis kanak kanak

http://www.canaldiabetes.com/

6. Cepat Marah / Murung

Dalam sesetengah kes, kanak-kanak yang mengalami diabetes ini boleh menjadi tiba-tiba marah atau murung.

Bahaya & Komplikasi Jika Tidak Dikenalpasti Sejak Awal

Sekiranya diabetes tidak dirawat atau dikenal pasti, gejala-gejala ini berlarutan dan paras gula dalam darah berterusan tinggi lalu menyebabkan pengumpulan asid yang dinamakan ‘ketone’ dalam darah.

‘Ketone’ yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak mendapat komplikasi serius yang dipanggil ‘diabetic ketoacidosis’ (DKA) yang sangat berbahaya.

Antara komplikasi DKA ini adalah:

  • muntah-muntah
  • mual
  • mulut berbau
  • sakit perut
  • bernafas laju
  • pengsan / pitam / tidak sedarkan diri

*DKA adalah sangat berbahaya dan rawatan di hospital amat diperlukan pada kadar segera.

Pencegahan / Rawatan

Setakat ini, tiada langkah pencegahan yang diketahui bagi Diabetes Type 1. Namun begitu bagi Diabetes Type 2, ibu ayah boleh  memastikan anak-anak mengambil makanan sihat dan mengelakkan obesiti yang meningkatkan risiko kencing manis di kalangan kanak-kanak.

Rawatan bagi Diabetes Type 1 adalah dengan suntikan insulin bagi memastikan kawalan gula dalam darah kekal pada kadar optimum. Manakala Diabetes Type 2 boleh dirawat dengan memakan ubat yang diberikan oleh doktor atau suntikan insulin serta mengawal paras gula darah supaya berada pada tahap yang baik.

Dengan penjagaan pemakanan yang rapi, aktiviti fizikal yang sihat serta pantauan ibu ayah dan doktor, pesakit diabetes kanak-kanak masih boleh membesar dengan baik dan menjalani hidup yang normal seperti kanak-kanak yang lain.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×