Sihat

Selain Gigi Rosak & Obesiti, Ini 4 Kesan Mengejutkan Bila Anak Selalu Minum Manis

738
reads

Gigi rosak dan obesiti adalah kesan daripada makanan dan minuman manis yang tak perlu diceritakan lagi. Semua orang cukup maklum dengan 2 masalah utama yang disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan pada anak kecil mahupun orang dewasa.

Tapi menurut pakar, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari beberapa lagi masalah kesihatan yang sebenarnya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan pada kanak-kanak.

Selain Gigi Rosak & Obesiti, Ini 4 Kesan Mengejutkan Bila Anak Selalu Minum Manis

1. Batuk Dan Alergi

Menurut Dr Julie L.Wei dari Hospital Kanak-kanak Orlando, antara kesan yang berkait rapat dengan pengambilan gula berlebihan ini termasuklah selsema, mukus berlebihan, batuk, dan simptom jangkitan sinus.

Bukan itu saja, sesetengah kanak-kanak turut didiagnos dengan alergi tanpa melalui sebarang pemeriksaan formal. Mereka ini dipreskripsikan ubat-ubatan, namun beliau berpendapat bahawa ia sebenarnya boleh berpunca daripada kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh.

Penyakit kanak-kanak

Foto Kredit: wellcommons.com

2. Sakit Tekak & Asid Refluks

Segelintir kanak-kanak juga mungkin mengalami sakit tekak yang berulang kali. Mereka ini kebiasaannya terjaga pada tengah malam dengan ketidakselesaan pada tekak, batuk, dan masalah pernafasan.

Setelah ditanya tentang tabiat pemakanan mereka, didapati kebanyakan kanak-kanak ini sering mengambil minuman manis seperti susu coklat sepanjang hari. Menurutnya, kombinasi produk tenusu dan gula memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan ia boleh menjadi punca asid refluks / pedih ulu hati.

Menurut Dr Wei lagi, anak-anak generasi ini cenderung mengambil lebih asid dalam minuman dan makanan manis 10 kali ganda berbanding generasi yang lalu.

Foto kredit: medicaldaily.com

3. Imuniti Tubuh Yang Lemah

Kalau anak anda selalu sakit, periksa semula sama ada mereka kerap mengambil makanan dan minuman manis setiap hari.

Tubuh manusia sebenarnya terbina daripada bertrillion bakteria baik yang mencernakan makanan, memproduksikan vitamin, dan melindungi tubuh daripada kuman dan penyakit. Tetapi apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak gula, ia akan menjejaskan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat. Secara tidak langsung, keadaan ini akan melemahkan sistem imuniti mereka.

Sungguhpun ianya normal bagi kanak-kanak untuk mengalami sakit dan demam, namun pakar percaya bahawa simptom yang dihadapinya boleh dikurangkan dengan mengawal kuantiti gula yang diambil setiap hari.

http://readanddigest.com/

4. Kurang Berselera Terhadap Makanan Berkhasiat

Jika anak anda asyik mengasingkan sayuran dan tidak suka memakan buah-buahan mungkin dia bukannya picky eatersebaliknya ia mungkin berpunca daripada minuman manis dan gula.

Selain menyebabkan ketagihan untuk makanan manis, berlemak dan tidak berkhasiat, ia juga boleh memberi kesan yang sebaliknya. Ini kerana, apabila mengambil gula berlebihan, perut mereka akan berasa tidak selesa dan selera makan akan turut berkurangan.

gula tambahan

Foto Kredit: alimentacointemprana.com.ar

Berapa Banyak Minuman Manis Yang Boleh Diambil Oleh Kanak-kanak?

World Health Organization (WHO) merekomendasikan bahawa gula tambahan tidak boleh melebihi 10% dari jumlah tenaga yang dikonsumsi. Bagi anak berusia 1-3 tahun, 10% ini sama nilainya dengan 4-5 sudu teh gula. Manakala untuk anak berusia 4-6 tahun, 10% ini bersamaan dengan dengan 5-8 sudu teh gula.

Namun sebaik-baiknya, WHO menyarankan pengurangan kepada 5% gula untuk mendapat manfaat kesihatan yang lebih baik, iaitu separuh daripada nilai yang ditetapkan di atas.

cara bersihkan gigi bayi

Foto Kredit: shutterstock.com

Jangan Biasakan Minuman Manis Ya!

Kebanyakan gula kini bukan saja terdapat dalam minuman, malah ia sebenarnya turut terdapat dalam makanan yang diproses -bukanlah makanan manis semata-mata. Antaranya seperti sos cili, kerepek, dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu lebih berhati-hati dan memilih makanan yang sihat untuk diri sendiri dan seisi keluarga.

Tabiat memberi anak susu coklat, Milo, atau apa-apa minuman manis dalam botol susu juga perlu dihentikan. Selepas 2 tahun, mereka sebenarnya sudah patut dilatih untuk berhenti daripada botol susu sama sekali. Dengan cara ini, barulah mereka dapat belajar untuk mempraktikkan diet yang lebih sihat dan mengurangkan simptom-simptom yang berkait dengan masalah kesihatan.

 

 

Sumber: Fox News & World Health Organization (WHO)

Yang Popular

To Top